bantuan tunai

Bantuan Tunai RM2,700 ‘one-off’ untuk penerima B40 berkelayakan: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah sebuah bantuan tunai yang diperkenalkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini: –

Bantuan Tunai RM2,700

Bantuan tunai ini dikenali sebagai Geran Pelancaran dan dikendalikan oleh JKM. Bantuan ini pada asasnya berobjektif untuk:

  • Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/keluarga;
  • Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

Cara Memohon

Untuk makluman, bantuan ini diberikan khas kepada kumpulan sasar JKM iaitu penerima bantuan bulanan JKM sedia ada sahaja.

Makanya, bagi mereka yang ingin membuat permohonan Geran Pelancaran – mereka perlu membuat permohonan bantuan bulanan JKM terlebih dahulu.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Sekiranya layak dan diluluskan, permohonan Geran Pelancaran boleh dikemukakan selepas itu, serta akan melalui penilaian lanjut oleh pihak JKM.

Permohonan bantuan-bantuan JKM boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Maklumat lengkap berkenaan Geran Pelancaran boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…