bantuan tunai

Bantuan Tunai RM300 dibayar bulan ini: Berikut syarat-syarat kelayakan & senarai penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Khas Penghargaan. Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini: –

Bantuan Tunai RM300

Untuk makluman, pihak Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan Bantuan Khas Penghargaan kepada penerima yang layak dengan kadar sebanyak RM300 dan RM200.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Namun begitu, pihak Kerajaan Negeri Pahang turut memperkenalkan bantuan sama dengan kadar sebanyak RM300 dan RM200. Penerima bantuan ini adalah seperti berikut:

  • RM300: Diberikan kepada semua Penjawat Awam Negeri Pahang Gred 54 dan ke bawah. Ia juga akan akan diberikan kepada pegawai serta kakitangan kontrak.
  • RM200: Diberikan kepada para pesara Kerajaan Negeri Pahang.

Pembayaran Bantuan Tunai

Berdasarkan kenyataan Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, sekitar 8,000 penjawat awam negeri berkenaan layak menerima Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300.

“Pemberian ini juga merupakan tanda penghargaan dan terima kasih daripada Kerajaan Negeri kepada penjawat awam yang sentiasa berdedikasi menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah.

“Saya berharap dengan pemberian bantuan khas ini penjawat awam Negeri Pahang akan dapat meningkatkan perkhidmatan mereka demi kemakmuran dan kesejahteraan negeri ini,” katanya.

Sumber: Pahang Media.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…
Permohonan Bantuan RM600 Setiap Bulan Masih Dibuka: Umur 60 Tahun & Ke Atas Boleh Memohon

Permohonan Bantuan RM600 Setiap Bulan Masih Dibuka: Umur 60 Tahun & Ke Atas Boleh Memohon

Warga emas merupakan golongan yang amat dihormati dan dihargai dalam masyarakat, kerana mereka bukan sahaja menyumbang tenaga dan jasa semasa…
Banyak Jawatan Kosong Ditawarkan Universiti Malaya (UM): Senarai Jawatan & Cara Memohon

Banyak Jawatan Kosong Ditawarkan Universiti Malaya (UM): Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Universiti Malaya (UM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…