bantuan tunai

Bantuan Tunai RM300 mula dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2023.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang diperkenalkan itu: –

Bantuan Tunai RM300

Bantuan Tunai i-Fitri Perantau adalah sebuah bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dengan kadar sebanyak RM300 kepada setiap penerima.

Permohonan bantuan ini telah pun dibuka pada bulan hadapan dan ditutup beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Rakyat Terengganu dan MENETAP diluar di Negeri Terengganu (PERANTAU);
  • Pemohon mesti Mengisi dahulu maklumat diri dan keluarga ke dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu Perantau (PRT20 PERANTAU);
  • Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu Pemohon = KIR atau Pasangan;
  • Pendapatan bulanan isi rumah gaji KIR pasangan tidak melebihi RM2,500 termasuk gaji dan semua elaun;
  • Semua penjawat awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah tidak layak memohon;
  • Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon kecuali pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan dan disahkan oleh penghulu, dan pengawai kerajaan yang berkelayakan di tempat tinggal semasa;
  • Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan surat akuan pendapatan yang disahkan oleh penghulu mukim atau
  • Pengerusi JPKK atau pegawai kerajaan yang berkelayakan;
  • Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohanan;
  • Permohonan boleh ditolak sekiranya maklumat tidak benar dan tidak lengkap.

 

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan laporan media, pembayaran Bantuan i-Fitri telah pun dibuat pada 17 April 2023 lalu.

Manakala, pembayaran Bantuan i-Fitri Perantau pula – ia akan dilaksanakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti mana yang dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat.

“Tahun ini, kita jangkakan 20,000 penerima bakal menerima bantuan i-Fitri Perantau selepas melakukan perubahan syarat berbanding hanya kira-kira 4,000 penerima tahun lalu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…