bantuan tunai

Bantuan Tunai RM300 mula dikreditkan hari ini: Senarai penuh penerima & cara pembayarannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan tunai yang dikenali sebagai Bantuan Khas Penghargaan (BKP). Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan Tunai RM300

Bantuan Khas Penghargaan (BKP) ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeris Sabah dengan kadar sebanyak RM300.

Untuk maklumat, bantuan tunai ini diberikan kepada semua penjawat awam negeri berkenaan – termasuk para pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS); pegawai yang bercuti bergaji penuh; pegawai yang bercuti separuh gaji; pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.

Dalam perkembangan sama, dimaklumkan bahawa para pesara kerajaan negeri turut layak menerima bayaran BKP sebanyak RM200 yang telah pun disalurkan melalui Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia pada 10 Ogos lalu.

“Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jemaah Menteri Siri 13/2023 pada 30 Ogos 2023 telah bersetuju untuk memberikan BKP Penjawat Awam Negeri sebanyak RM 300 kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Negeri.

BKP ini adalah bagi menghargai sumbangan dan sebagai suntikan semangat kepada Penjawat Awam Negeri untuk berusaha lebih gigih demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat,” petikan pekeliling perkhidmatan negeri Sabah bilangan sembilan 2023.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Pembayaran

Bantuan tunai ini akan mula dikreditkan kepada yang layak pada 25 September 2023 dan secara kredit terus ke akaun penerima.

Bantuan ini adalah bagi menghargai sumbangan dan sebagai suntikan semangat kepada penjawat awam negeri untuk berusaha lebih gigih demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

Sumber: Sabah Media.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…