rm300

Bantuan Tunai RM300 telah selesai dikreditkan minggu lepas: Semak senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan tunai yang dikenali sebagai Bantuan Khas Penghargaan (BKP). Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan Tunai RM300

Pada tahun 2023 ini, Kerajaan Negeri Sabah telah memperkenalkan Bantuan Khas Penghargaan (BKP) sebanyak RM300 secara ‘one-off’.

Bantuan tunai ini akan diberikan kepada semua penjawat awam negeri tersebut merangkumi para pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS); pegawai yang bercuti bergaji penuh; pegawai yang bercuti separuh gaji; pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.

Dalam masa sama, para pesara Kerajaan Negeri juga layak menerima bantuan khas sama dengan kadar sebanyak RM200 seorang. Bagaimanapun, pembayarannya telah dilaksanakan lebih awal iaitu pada 10 Ogos lalu.

“Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jemaah Menteri Siri 13/2023 pada 30 Ogos 2023 telah bersetuju untuk memberikan BKP Penjawat Awam Negeri sebanyak RM 300 kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Negeri.

“BKP ini adalah bagi menghargai sumbangan dan sebagai suntikan semangat kepada Penjawat Awam Negeri untuk berusaha lebih gigih demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat,” petikan pekeliling perkhidmatan negeri Sabah bilangan sembilan 2023.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pembayaran

Bagi pembayaran Bantuan Khas sebanyak RM300 ini, ia telah pun disalurkan kepada yang layak pada 25 September 2023 lalu.

Bantuan ini diperkenalkan bagi menghargai sumbangan dan sebagai suntikan semangat kepada penjawat awam negeri untuk berusaha lebih gigih demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…
Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…