bantuan tunai

Bantuan Tunai RM600 diberikan secara ‘one-off’ untuk penerima yang layak: Senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Ia termasuklah Sumbangan Asas Rahmah (SARA): –

Bantuan Tunai RM600

Di bawah Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah memberikan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada golongan B40 dan M40 berkelayakan.

Selain itu, pihak Kerajaan turut memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM600 yang diberikan kepada penerima STR sedia ada yang berkelayakan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Pembayaran

Untuk makluman, terdapat dua cara pembayaran SARA iaitu:

  • Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
    • Bayaran RM600 sekaligus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023.
  • Penerima daripada Semenanjung Malaysia (Selain Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan)
    • Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai – Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
    • Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

 

Bagi yang ingin membuat semakan, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR. Manakala, maklumat lebih lengkap SARA, sila rujuk DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…