RM700

Bantuan Tunai RM700 dibayar bulan depan (November 2024): Senarai penuh penerima

Berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin mencabar, ramai di kalangan rakyat Malaysia merasa terhimpit dengan beban kewangan yang semakin meningkat. Harga barang keperluan, perkhidmatan asas dan kos perumahan semuanya menunjukkan peningkatan yang ketara, memberi kesan kepada kualiti hidup seharian.

Namun begitu, pihak kerajaan tidak berdiam diri dalam situasi ini dan pelbagai inisiatif bantuan telah diperkenalkan bagi meringankan beban rakyat, terutamanya golongan yang paling terkesan (berpendapatan rendah). Artikel ini akan membincangkan beberapa langkah bantuan yang disediakan oleh kerajaan serta bagaimana ia dapat membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup yang sedang dihadapi.

Bantuan Tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Antara bantuan tunai yang diperkenalkan adalah Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR. Bantuan ini merupakan sebahagian usaha kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana dari kalangan warga emas, bujang dan isi rumah.

Pada tahun 2024 ini, Sumbangan Tunai Rahmah diberikan dengan kadar yang dipertingkatkan. Berikut merupakan senarai mereka yang layak menerima STR tahun ini:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

Pembayaran STR 2024

Pembayaran STR dibuat dengan cara pengkreditan terus ke akaun penerima. Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank pula, mereka boleh membuat tuntutan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran dengan tempat tinggal.

Pembayarannya dibuat sebanyak empat fasa. Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun selesai diagihkan kepada yang layak, manakala Fasa 4 pula dijadualkan pada bulan hadapan – November 2024.

Ini adalah info jumlah pembayaran STR Fasa 4 nanti:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0: RM200
    • Bilangan anak 1 – 2: RM350
    • Bilangan anak 3 – 4: RM500
    • Bilangan anak 5 & ke atas:RM700
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM150
    • Bilangan anak 1 – 2: RM200
    • Bilangan anak 3 – 4: RM250
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM350
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • STR Fasa 4: RM100
  • Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
    • STR Fasa 4: RM150

 

Berdasarkan jadual di atas, jumlah pembayaran STR Fasa 4 yang tertinggi adalah sebanyak RM700 kepada isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 dengan tanggungan anak 5 orang dan ke atas.

Semakan STR 2024

Bagi yang telah membuat permohonan atau kemaskini maklumat, semakan status kelulusan STR dan jumlah kelayakan bayaran boleh disemak di Portal Rasmi STR dengan cara berikut:

  • Klik log masuk MySTR;
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
  • Masukkan Kata Laluan;
  • Klik Semakan Status;
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

 

Adalah dimaklumkan bahawa jumlah pembayaran itu berdasarkan semakan maklumat pihak LHDN dan ia telah pun ditetapkan mengikut syarat-syarat yang ada.

Untuk yang permohonannya ditolak, mereka boleh membuat permohonan rayuan di portal sama. Antara tindakan yang perlu dibuat adalah dengan mengemukakan dokumen-dokumen sokongan bagi alasan – alasan yang dinyatakan.

Maklumat lebih lengkap dan terperinci berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong FELCRA untuk lepasan SPM - Ijazah: Tarikh tutup permohonan 8 Oktober 2024

Jawatan Kosong FELCRA untuk lepasan SPM - Ijazah: Tarikh tutup permohonan 8 Oktober 2024

Pada ketika ini, Kolej FELCRA sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka…
Bantuan BAP RM250 hingga RM500 kepada keluarga B40: Dikreditkan terus ke akaun

Bantuan BAP RM250 hingga RM500 kepada keluarga B40: Dikreditkan terus ke akaun

Dalam usaha untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif serta bantuan bagi membantu golongan yang…
Pelbagai jawatan ditawarkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM): Gaji sehingga RM9,643

Pelbagai jawatan ditawarkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM): Gaji sehingga RM9,643

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebuah badan berkanun Kerajaan. Pada ketikan ini, LLM sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan-jawatan…