bantuan tunai rm700

Mula dibayar esok: Bantuan Tunai RM700 tanpa permohonan untuk rakyat Malaysia

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ketika pembentangannya pada 24 Februari lalu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan yang diperkenalkan itu: –

Bantuan RM700

Bagi tahun 2o23 ini, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) dengan kadar sebanyak RM700.

Bantuan ini nanti akan diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Dalam masa sama, para pesara Kerajaan turut layak mendapat BKKA – tapi dengan kadar sebanyak RM350 setiap seorang.

“Dalam kita melangkah ke bulan Ramadan serta bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri…”, kata Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2023.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan rasmi Kerajaan, pembayaran BKKA ini akan dibuat pada 14 April 2023 bersamaan hari Jumaat.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keprihatinan dalam membantu meringankan beban penjawat awam dan pesara Kerajaan Persekutuan dalam membuat persediaan untuk menyambut perayaan tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri Pahang turut memberikan BKKA kepada sekitar 8,000 penjawat awam negeri berkenaan, dengan kadar sebanyak RM1,200 setiap penerima.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…