Bantuan zakat RM500 kepada golongan B40 ~ Permohonan dibuka mulai 2 Julai 2021

Dalam usaha membantu mereka yang terjejas akibat hambatan pandemik yang masih belum selesai, Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui Bantuan Zakat Selangor Peduli telah memperuntukkan RM10.5 juta agihan zakat khusus untuk kelangsungan kumpulan rentan yang terkesan.

Melalui bantuan ini, mereka dari kalangan B40 dan kehilangan pendapatan yang layak boleh menerima bantuan zakat secara one-off sebanyak RM500 setelah permohonan mereka diluluskan.

Berikut adalah maklumat lanjut program berkenaan:-

Syarat-syarat kelayakan

  • Beragama Islam
  • Warganegara atau pemastautin tetap (PR)
  • Lahir dan menetap di Selangor/bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil).
  • Pemohon mestilah Ketua Keluarga bagi isi rumah.
  • Memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin.

 

Pemohon telah dibanci menggunakan Had al-Kifayah, dan memenuhi kriteria seperti berikut:

  • Hilang pekerjaan/pendapatan (peniaga kecil/penjaja); atau
  • Masih diarah cuti tanpa gaji; atau
  • Masih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atau
  • Pemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan)/Pencen atau Bantuan Ilat/Pencen Penakat/Insuran/Pengeluaran KWSP.

Cara memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan boleh dibuat secara atas talian DI SINI. Ketika permohonan, pemohon juga perlu mengemukakan beberapa dokumen sokongan iaitu:

  • Salinan Kad Pengenalan ketua keluarga dan pasangan.
  • 2 Salinan Kad Pengenalan atau sijil kelahiran tanggungan.
  • 3 Slip pendapatan atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri.
  • 4 Pengesahan pemberhentian kerja atau diarah cuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan (bagi yang bekerja). Bagi yang tiada Surat Berhenti Kerja boleh muat turun borang ini: BORANG AKUAN HILANG PENDAPATAN
  • 5 Dokumen pendaftaran atau lesen perniagaan (sekiranya berkaitan).
  • 6 Maklumat bank yang mengandungi nama bank, nama pemegang akaun dan no akaun bank untuk urusan pembayaran terus ke akaun pemohon. Bagi yang tiada akaun bank, sila muat turun borang ini untuk pindahan tunai ke akaun pasangan ataupun wakil: SURAT PERWAKILAN KUASA
  • 7 Pengesahan Tempat Tinggal (Mastautin) di Negeri Selangor. Contohnya Bil Air/Bil Elektrik/Bil Internet/Cukai Pintu atas nama atau alamat Pemohon (satu sahaja diperlukan).

 

Pemohon sangat disarankan untuk mengemukakan permohonan yang lengkap bagi memudah urusan permohonan. Dalam masa sama, pihak LZS berhak menolak permohonan yang tidak lengkap dan palsu.

Untuk maklumat terperinci program, KLIK SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…
Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…