Dalam keadaan pandemik yang masih belum selesai, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan bagi meringankan beban mereka yang terjejas.
Antaranya termasuklah Bantuan Zakat Selangor Peduli dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang memberikan bantuan kewangan sebanyak RM500 secara ‘one-off’ kepada yang layak.
Bantuan ini pada asasnya ditawarkan kepada individu B40 yang terjejas pendapatan dan hilang pekerjaan yang memenuhi syarat dan kriteria yang tertentu. Ia juga bukan untuk asnaf fakir, miskin dan muallaf yang berdaftar dengan LZS.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan zakat ini: –
Syarat-syarat Kelayakan
- Beragama Islam
- Warganegara atau pemastautin tetap (PR)
- Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil).
- Pemohon mestilah Ketua Keluarga bagi isi rumah.
- Memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin.
- Pemohon telah dibanci menggunakan Had al-Kifayah, dan memenuhi kriteria seperti berikut:
- Hilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil / penjaja); atau
- Masih diarah cuti tanpa gaji; atau
- Masih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atau
- Pemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan) / Pencen atau Bantuan Ilat / Pencen Penakat / Insuran/ Pengeluaran KWSP.
Cara Memohon
Kepada yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan boleh dibuat secara atas talian – DI SINI.
Bagaimanapun, pemohon hendaklah mengemukakan beberapa dokumen sokongan seperti:
- Salinan Kad Pengenalan ketua keluarga dan pasangan.
- Salinan Kad Pengenalan atau sijil kelahiran tanggungan.
- Slip pendapatan atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri.
- Pengesahan pemberhentian kerja atau diarah cuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan (bagi yang bekerja). Bagi yang tiada Surat Berhenti Kerja boleh muat turun borang ini: BORANG AKUAN HILANG PENDAPATAN
- Dokumen pendaftaran atau lesen perniagaan (sekiranya berkaitan).
- Maklumat bank yang mengandungi nama bank, nama pemegang akaun dan no akaun bank untuk urusan pembayaran terus ke akaun pemohon. Bagi yang tiada akaun bank, sila muat turun borang ini untuk pindahan tunai ke akaun pasangan ataupun wakil: SURAT PERWAKILAN KUASA
- Pengesahan Tempat Tinggal (Mastautin) di Negeri Selangor. Contohnya Bil Air / Bil Elektrik / Bil Internet / Cukai Pintu atas nama atau alamat Pemohon (satu sahaja diperlukan).
Kaedah Bayaran Bantuan
Pembayaran bantuan zakat ini akan dibuat dengan kaedah Electronic Fund Transfer (EFT).
Oleh itu, pemohon harus memastikan akaun bank yang diberikan adalah:
- Akaun bank masih aktif untuk proses transaksi bayaran.
- Akaun bank adalah akaun individu, dan bukan akaun bersama.
- Maklumat nombor akaun dan nama bank dimuat naik dengan jelas.
Maklumat terperinci berkenaan Bantuan Zakat Selangor Peduli turut boleh dirujuk – DI SINI.