Bantuan zakat RM500 secara ‘one-off’: Syarat-syarat & cara memohon Zakat Selangor Peduli

Bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat hambatan pandemik, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memperkenalkan program Zakat Selangor Peduli iaitu bantuan zakat RM500 secara ‘one-off’ kepada yang layak.

Bantuan zakat ini secara asasnya ditawarkan kepada individu B40 yang terjejas pendapatan dan hilang pekerjaan, serta BUKAN UNTUK ASNAF fakir, miskin dan muallaf yang berdaftar dengan LZS.

Permohonannya pula telah dibuka sejak 02 Julai 2021 lalu. Berikut adalah maklumat tentang program bantuan zakat ini: –

Syarat-syarat kelayakan

Bagi menerima bantuan, pemohon mestilah:

  • Beragama Islam.
  • Warganegara atau pemastautin tetap (PR).
  • Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil).
  • Pemohon mestilah Ketua Keluarga bagi isi rumah.
  • Memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin.

 

Pemohon telah dibanci menggunakan Had al-Kifayah, dan memenuhi kriteria seperti berikut:

  • Hilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil / penjaja); atau
  • Masih diarah cuti tanpa gaji; atau
  • Masih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atau
  • Pemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan) / Pencen atau Bantuan Ilat / Pencen Penakat / Insuran/ Pengeluaran KWSP.

Dokumen lampiran yang diperlukan

Pemohon WAJIB menyertakan dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan ketua keluarga dan pasangan.
  • Salinan Kad Pengenalan atau sijil kelahiran tanggungan.
  • Slip pendapatan atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri.
  • Pengesahan pemberhentian kerja atau diarah cuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan (bagi yang bekerja).
  • Bagi yang tiada Surat Berhenti Kerja boleh muat turun borang ini: BORANG AKUAN HILANG PENDAPATAN.
  • Dokumen pendaftaran atau lesen perniagaan (sekiranya berkaitan).
  • Maklumat bank yang mengandungi nama bank, nama pemegang akaun dan no akaun bank untuk urusan pembayaran terus ke akaun pemohon.
  • Bagi yang tiada akaun bank, sila muat turun borang ini untuk pindahan tunai ke akaun pasangan ataupun wakil: SURAT PERWAKILAN KUASA.
  • Pengesahan Tempat Tinggal (Mastautin) di Negeri Selangor. Contohnya Bil Air / Bil Elektrik / Bil Internet / Cukai Pintu atas nama atau alamat Pemohon (satu sahaja diperlukan).

Cara memohon

Bagi yang ingin memohon, permohonan boleh dibuat secara atas talian DI SINI, dengan mendaftar di sistem berkenaan dan mengisi maklumat yang diperlukan secara lengkap dan benar.

Pemohon juga perlu memastikan segala dokumen yang diperlukan dilampirkan, bagi mengelakkan permohonan ditolak.

Untuk maklumat bantuan secara terperinci, boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…