jkr

Banyak jawatan kosong ditawarkan Jabatan Kerja Raya (JKR): Gaji RM1,549 sehingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Jabatan Kerja Raya (JKR)

  1. JURUTERA (AWAM) J41
  2. JURUTERA (MEKANIKAL) J41
  3. JURUTERA (ELEKTRIK) J41
  4. JURUUKUR BAHAN J41
  5. ARKITEK J41
  6. JURUUKUR J41
  7. PENOLONG JURUTERA (AWAM) JA29
  8. PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL) JA29
  9. PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK) JA29
  10. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29
  11. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA JA29
  12. PENOLONG JURUUKUR JA29

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Syarat-syarat kelayakan akademik bagi setiap jawatan boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan;
  • Semua calon yang memohon hendaklah memperoleh kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan/ atau Unified Examination Certificate (UEC) pada lantikan pertama ke Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) e-Recruitment Sarawak. Pemohon juga diwajibkan untuk memuat naik salinan sijil akademik berkenaan bersama transkrip untuk permohonan tersebut.

Pegawai bertaraf tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan dalam Perkhidmatan Awam boleh memohon untuk jawatan tersebut sekiranya mempunyai kelayakan berdasarkan syarat lantikan skim perkhidmatan.

Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Tarikh tutup permohonan pada 08 MEI 2024 (RABU).

Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak banyak berhubung kait dengan sejarah pembangunan infrastruktur di negeri Sarawak. Jabatan ini telah ditubuhkan sejak 1882 dan merupakan legasi tiga era penting dalam Kerajaan Sarawak iaitu, “Zaman Brooke (Rajah Putih dari 1882 – 1941)”, “Zaman Koloni British (selepas Perang Dunia Kedua, 1946 – 1963)” dan “Zaman Selepas Kemerdekaan (Kerajaan Malaysia, 1963 hingga sekarang).”

JKR Sarawak telah melalui proses penyelarasan semula peranan mereka iaitu daripada “Pembina” kepada “Pengurus” bagi menjayakan aspirasi kerajaan negeri Sarawak. Peranan jabatan ini telah berevolusi ke arah Implementasi Projek Pembangunan melalui Penyusunan Semula Sumber Manusia, Penyelerasan Semula Struktur Organisasi dan penaiktarafan kompetensi teknikal

JKR Sarawak kini berada di bawah Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan dan ia meliputi proses pengurusan projek termasuk perancangan, pengurusan belanjawan, reka bentuk, pentadbiran pre-kontrak dan pos-kontrak, penyeliaan projek, pemantauan dan penyelenggaraan infrastruktur serta kemudahan awam. Selain daripada itu, abatan Kerja Raya Sarawak juga turut menyediakan perkhidmatan perunding kejuruteraan kepada badan-badan luar.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…