nanas

Banyak jawatan kosong Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM): Kelayakan PMR – Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)

  1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI E41
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Ekonomi
    • Jadual Gaji: RM2,083 – RM9,549
  2. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI E29
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Ekonomi
    • Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,672
  3. PEMBANTU EHWAL EKONOMI E19
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Ekonomi
    • Jadual Gaji: RM1,353 – RM4,005
  4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI ) N19
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
    • Jadual Gaji: RM1,352 – RM4,003
  5. PEMANDU KENDERAAN H11
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
    • Jadual Gaji: RM1,264 – RM2,939

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki syarat-syarat kelayakan akademik yang ditetapkan di hebahan rasmi kekosongan jawatan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan LPNM dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen (yang disahkan) dengan sususan berikut:

  • Salinan Sijil Kelahiran;
  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salinan Lesen Memandu;
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
  • Salinan Kelayakan Akademik berserta transkrip lengkap – Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PMR;
  • Surat sokongan/kebenaran (bagi permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing beserta salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini, Laporan Penilaian Prestasi tiga tahun terkini berturut-turut, slip gaji terkini serta surat kebenaran dan sokongan.);
  • Sijil-sijil penghargaan (mengikut tahun terkini);
  • Sijil-sijil penyertaan (mengikut tahun terkini).

 

Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada bahagian atas di sebelah kiri sampul surat dan hantar ke alamat berikut:

Ketua Pengarah,
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru UDA, 81200 Johor Bahru, JOHOR DARUL TAKZIM. (U/p : Bahagian Khidmat Pengurusan – Seksyen Pengurusan Sumber Manusia)

Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga oleh pihak majikan. Permohonan yang tidak mendapat jawapan selepas enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 14 Jun 2024 (Jumaat). 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (Lembaga Nanas) adalah sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1957 yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Perusahaan Nanas Tanah Melayu. Selaras dengan perkembangan industri nanas, perubahan nama agensi kepada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia telah dibuat pada tahun 1992 tertakluk kepada Akta Perindustrian Nanas Malaysia 1957 (Akta 105 – Semakan 1990) di bawah Kementerian Perusahaan Utama.

Pada 29 Mei 1996, Jemaah Menteri telah membuat keputusan untuk membubarkan Lembaga Nanas dan fungsinya dipindahkan kepada Jabatan Pertanian, FAMA dan MARDI. Akan tetapi, pada 14 Jun 2000, Jemaah Menteri bersetuju untuk mengkaji semula keputusan pembubaran. Oleh itu, pada 15 September 2004, Jemaah Menteri telah membuat keputusan supaya Lembaga Nanas dikekalkan sebagai peneraju pembangunan industri nanas negara dan membatalkan keputusan pembubaran Lembaga Nanas pada 29 Mei 1996.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…