Bayaran BPR Tambahan masuk ke akaun secara berperingkat ~ Semakan & jumlah bayaran

Melalui program PEMERKASA Tambahan (PEMERKASA Plus) yang diperkenalkan bagi merangsang ekonomi dan membantu mereka yang terjejas susulan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0), kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM40 bilion.

Ia termasuklah dengan inisiatif Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan (BPR Tambahan) bagi meringankan beban mereka yang terkesan, khususnya daripada golongan B40.

Berikut adalah jumlah bayaran BPR Tambahan mengikut pendapatan isi rumah/individu:

  • RM500 – Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah.
  • RM300 – Isi rumah dengan pendapatan RM2,501 – RM5,000.
  • RM100 – Bujang / Ibu Bapa Tunggal tiada anak berumur 60 tahun dan ke atas dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
  • RM100 – Bujang berumur 59 tahun dan ke bawah dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah.

 

Semakan BPR Tambahan

Bagi yang telah lulus BPR 2021, anda boleh membuat semakan BPR Tambahan di laman rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (KLIK SINI).

Berikut adalah tatacara semakan:

  • Log Masuk di Portal Rasmi BPR.
  • Klik menu MyBPR.
  • Klik pada ‘Semakan Status’.
  • Klik pada ‘Maklumat Pembayaran’ untuk melihat transaksi pembayaran ke akaun bank.

 

Tarikh penerimaan BPR Tambahan

Berdasarkan kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pembayaran BPR Tambahan akan dikreditkan ke akaun penerima pada hujung Jun 2021 secara berperingkat. Makanya, terdapat jangka masa tertentu yang akan diambil bagi pengkreditan untuk setiap institusi bank penerima.

Apa yang pasti, pembayaran BPR Tambahan akan berikan secara automatik kepada mereka yang lulus BPR 2021 dan tidak melibatkan sebarang permohonan baru.

Bagi yang tidak lulus BPR 2021, permohonan rayuan masih lagi dibuka sehingga 30 Jun 2021 dan boleh KLIK SINI untuk tatacara permohonan rayuan.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…
Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Musim tengkujuh merupakan fenomena cuaca yang berlaku secara tahunan di Malaysia, terutamanya antara bulan November hingga Mac. Ia biasanya dikaitkan…