Jumlah, tarikh & cara memohon: Ini berbezaan antara Bantuan BKM dan STR yang kita perlu tahu

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang telah dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2023. Pembayaran Fasa 1 bantuan ini telah mula disalurkan bermula pada 17 Januari 2023.

Boleh dikatakan bahawa STR adalah kesinambungan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diperkenalkan pada tahun lalu.

Namun begitu, terdapat pelbagai perbezaan antara STR dan BKM, antaranya: –

Kadar Bantuan STR & BKM

Seperti mana yang telah diberitahu di awal tadi, pembayaran STR Fasa 1 telah pun disalurkan secara berperingkat kepada yang layak bermula pada 17 Januari lalu.

Kadar yang terlibat pula adalah sebanyak RM300 bagi isi rumah dan RM100 untuk kategori bujang. Manakala, pembayaran BKM Fasa 1 pula berjumlah antara RM100 hingga RM300 kepada isi rumah dan RM150 hingga RM200 bagi penerima bujang.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pembayaran

Pembayaran STR telah diawalkan oleh pihak Kerajaan ke bulan Januari 2023 berdasarkan mengumuman Perdana Menteri, ketika membentangkan Bajet Mini 2023.

Akan tetapi, pembayaran BKM pada tahun lalu hanya bermula pada bulan Mac 2022. Ini bermakna, pembayaran STR Fasa 1 adalah tiga bulan lebih awal dari BKM Fasa 1 tahun lalu.

Baca juga:

Cara Memohon

Pendaftaran BKM 2022 dibuka bermula pada 1 hingga 31 Januari 2022 dan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi BKM LHDNM atau mengisi Borang Permohonan BKM 2022 (BK-01) yang boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi BKM LHDNM; atau cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

Bagi STR pula, dimaklumkan bahawa Fasa 1 nya tidak melibatkan sebarang permohonan baru atau kemaskini kerana ia berdasarkan data Lulus BKM tahun 2022.

Jumlah sebenar STR, jadual pembayaran dan sebarang perkembangan terkini berkenaannya hanya akan dapat diketahui dengan lebih lengkap selepas pembentangan Bajet 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan pada 24 Februari 2023 nanti.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pendapatan isi rumah bawah RM2,586 layak memohon Bantuan Bulanan RM100 - RM1,000 setiap bulan

Pendapatan isi rumah bawah RM2,586 layak memohon Bantuan Bulanan RM100 - RM1,000 setiap bulan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Pelbagai jawatan kosong Majlis Perbandaran Kangar: Syarat-syarat kelayakan & cara memohon

Pelbagai jawatan kosong Majlis Perbandaran Kangar: Syarat-syarat kelayakan & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Perbandaran Kangar (MPKangar)¬†kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi…
Pengeluaran simpanan dalam Akaun 2 KWSP: Senarai pencarum yang layak & cara memohon

Pengeluaran simpanan dalam Akaun 2 KWSP: Senarai pencarum yang layak & cara memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan. Selaras dengan…