BPR Fasa 3 sehingga RM1,400 untuk yang layak ~ Kategori penerima & bulan mula pembayaran

Selain dari pemberian bantuan untuk perniagaan, pihak kerajaan juga memperkenalkan bantuan tunai kepada rakyat yang terjejas akibat pandemik yang melanda.

Salah satunya termasuklah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang akan memasuki Fasa 3 tidak lama lagi, kerana Fasa 1 dan 2 telah pun dibayar kepada mereka yang layak pada Februari dan Mei lalu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BPR Fasa 3: –

Kategori Penerima & Nilai Bayaran

Seperti mana BPR di fasa sebelumnya, bantuan ini akan diberikan kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang dari RM2,500 sehingga RM5,000 sebulan.

Akan tetapi, BPR Fasa 3 ini tidak melibatkan kumpulan bujang kerana mereka hanya layak untuk menerima pembayaran di Fasa 1 dan Fasa 2 sahaja.

Untuk isi rumah yang menerima bayaran Fasa 1 BPR 2021: 

 

Manakala, untuk Permohonan Baharu BPR 2021 atau Bukan Penerima Fasa 1, mereka akan menerima:

Tarikh Pembayaran

Berkenaan tentang tarikh pembayaran BPR Fasa 3, ia boleh dirujuk berdasarkan ucapan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Beliau dalam ucapanya berkata, pembayaran BPR Fasa 3 akan dilaksanakan pada September 2021.

Akan tetapi, tarikh tepat pembayaran masih lagi belum diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan, dan akan dimaklum nanti dari semasa ke semasa.

Untuk mengetahui dengan lebih terperinci lagi berkenaan BPR, ia boleh dirujuk di laman rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…