bantuan budi

Cara memohon Bantuan BUDI RM2,000 ‘one-off’ untuk golongan B40 dan M40

Usaha membantu mereka yang memerlukan terus dilaksanakan oleh pihak Kerajaan (Persekutuan atau Negeri). Bantuan ini diperkenalkan dengan tujuan khusus dan diberikan kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan.

Antaranya adalah Bantuan BUDI Sabah 2024 yang telah pun dibuka permohonannya. Ini adalah maklumat tentang bantuan itu, termasuk kadar bayaran, syarat-syarat dan cara memohon.

Bantuan BUDI Sabah 2024

Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara ‘One-Off’ (BUDI) adalah sebuah inisiatif di bawah Kerajaan Sabah dan ia diberikan kepada semua pelajar sepenuh masa untuk kemasukan kali pertama tahun semasa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh Malaysia atau luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Jumlahnya adalah sebanyak:

  • RM1,500: Peringkat Pengajian Diploma, Asasi dan Matrikulasi.
  • RM2,000: Peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan BUDI Sabah 2024

  • Pelajar hendaklah merupakan warganegara Malaysia yang berasal daripada Sabah;
  • Pelajar perlu berumur tidak lebih dari 25 tahun;
  • Ibu dan Bapa atau penjaga pelajar hendaklah adalah terdiri daripada golongan berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40);
  • Pelajar yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau Swasta pada tahun 2024 sahaja;
  • Kemasukan ke IPT hendaklah secara sepenuh masa dan bagi Kemasukan Kali Pertama ke IPT di seluruh Malaysia dan Luar Negara.

Cara Memohon

Bagi permohonan BUDI Sabah 2024, ia hendaklah dikemukakan melalui Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) denngan secara atas talian (online) di Portal BUDI Sabah.

Setiap permohonan perlu disertakan bersama dengan salinan Surat Kelahiran (Pemohon dan ibu dan bapa), Kad Pengenalan (MyKad)/Sijil Cerai/Sijil Kematian (Pemohon dan ibu dan bapa), Slip Gaji ibu dan bapa/Surat Pengesahan Bekerja, Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Surat Pengesahan Kemasukan daripada IPT.

Jika permohonan diluluskan, bantuan one-off itu akan dikreditkan terus ke akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Untuk maklumat lebih jelas dan rasmi tentang bantuan ini, boleh layari Portal Rasminya di PAUTAN INI.

Maklumat lanjut juga boleh didapati dengan menghubungi:

PEJABAT TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI
(TUGAS-TUGAS KHAS)
JABATAN KETUA MENTERI

Alamat: Tingkat 29, Blok A,Menara Kinabalu, Jalan Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Telefon: 088-369872/088-369164/088-369897/088-369890

Maklumat Tambahan

Selain bantuan BUDI ini, Kerajaan Sabah juga ada memperkenalkan Bantuan Ihsan Komputer 2.0 (BAIK). Bantuan ini diberikan kepada pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau Swasta yang berstatus bumiputera dan berasal dari Sabah serta memerlukan komputer bagi tujuan pembelajaran.

Dimaklumkan bahawa hanya satu komputer sahaja untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR). Kelayakan lain bagi bantuan ini adalah ibu dan bapa atau penjaga pelajar hendaklah dalam golongan B40 (pendapat isi rumah RM 4,850.00 atau ke bawah) atau tergolong dalam E – Kasih serta memberikan justifikasi keperluan komputer riba.

Cara memohon pula boleh dibuat di Portal Rasmi BAIK dan pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen seperti disenaraikan:

  • Surat kelahiran (Pemohon dan ibu bapa) , Salinan Kad Pengenalan (MyKad)/Sijil Cerai/Sijil Kematian (Pemohon dan ibu bapa);
  • Slip gaji ibu bapa atau Surat pengesahan bekerja (disahkan oleh Pegawai Daerah);
  • Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT);
  • Surat Pengesahan Telah Berdaftar daripada Universiti Tempat Belajar pemohon.

Untuk maklumat lebih jelas dan rasmi tentang Bantuan Ihsan Komputer ini, boleh layari Portal Rasminya di PAUTAN INI.

Pemohon juga boleh menghubungi:

PEJABAT TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI
(TUGAS-TUGAS KHAS)
JABATAN KETUA MENTERI

Alamat: Tingkat 29, Blok A,Menara Kinabalu, Jalan Teluk Likas,88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Telefon: 088-369872/088-369164/088-369897/088-369890

Adalah dimaklumkan bahawa setiap permohonan dibuat dengan mengemukakan maklumat yang benar dan tepat. Sekiranya didapati maklumat yang diberikan tidak benar, maka pihak berkenaan berhak untuk menolak permohonan yang dikemukakan.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan…