Bantuan Bulanan MAIWP

Bantuan tunai dengan tambahan e-Wallet RM150 setiap bulan: Cara mohon Bantuan Bulanan MAIWP

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui Bantuan Bulanan MAIWP yang diperkenalkan bagi membantu mereka yang memerlukan dan berkelayakan.

Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan bulanan ini:-

Kadar Bantuan Bulanan MAIWP

Pada asasnya, Bantuan Kewangan Bulanan ini adalah salah satu daripada 30 skim bantuan zakat di bawah MAIWP. Tujuan utama bantuan untuk membantu meringankan bebanan ekonomi yang ditanggung oleh asnaf dan keluarga.

Selain bantuan tunai setiap bulan, penerima yang diluluskan juga akan menerima bantuan tambahan RM150 sebulan melalui akaun e-Wallet Boost untuk pembelian barangan keperluan dapur.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Beragama Islam;
  • Warganegara Malaysia;
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan;
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah).

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan bulanan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan dengan lengkap dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  • Satu salinan kad pengenalan:
    • Pemohon
    • Suami
    • Isteri
    • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.
  • Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah;
    • Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  • Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini;
  • Satu salinan surat perakuan nikah /akuan sumpah bagi kes kehilangan sijil nikah;
  • Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami.

 

Ia kemudiannya perlu dikemukakan ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini dan borang permohonan, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong RELA, Ambilan Disember 2024: Berikut Senarai Jawatan Ditawarakan

Jawatan Kosong RELA, Ambilan Disember 2024: Berikut Senarai Jawatan Ditawarakan

Pada ketika ini, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan BMT Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (Disember 2024): Ini Jumlah Bayaran Kepada Penerima

Bantuan BMT Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (Disember 2024): Ini Jumlah Bayaran Kepada Penerima

Musim tengkujuh sering kali dikaitkan dengan hujan lebat, banjir kilat, dan angin kencang yang melanda kawasan tertentu di Malaysia. Fenomena…
Bantuan Khas RM3,000 Dibayar Bulan Depan (Januari 2025): Secara Automatik & Tak Perlu Memohon

Bantuan Khas RM3,000 Dibayar Bulan Depan (Januari 2025): Secara Automatik & Tak Perlu Memohon

Penjawat awam merupakan nadi utama dalam sistem pentadbiran sesebuah negara. Mereka memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan dasar-dasar kerajaan…