Cara memohon bantuan kewangan RM400 secara ‘one-off’ dari TAPEM

Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh banyak pihak, sama ada dari kerajaan pusat, mahupun negeri. Ia bertujuan bagi meringankan beban mereka yang terjejas, sumbangan ehsan, sumbangan penghargaan, menggalakkan pendidikan dan sebagainya.

Oleh hal demikian, pihak Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) telah memperkenalkan sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Ke Institusi Pengajian Tinggi. Berikut adalah penjelasannya: –

Jumlah Bantuan

Bantuan Ke Institusi Pengajian Tinggi akan diberikan kepada mereka yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat institusi pengajian tinggi, dengan jumlah secara ‘one-off’ sebanyak:

  • Diploma: RM300
  • Ijazah Sarjana Muda: RM400
  • Ijazah Sarjana: RM400
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD): RM400

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon lahir di negeri Melaka;
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka;
  • Bermastautin di Negeri Melaka;
  • Pengundi di Negeri Melaka;
  • Telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT);
  • Permohonan boleh dibuat bagi kemasukan kali pertama untuk setiap satu tahap pengajian sahaja;
  • Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh pendaftaran di IPT;
  • Pemohon layak dipertimbangkan jika ibu bapa (BUKAN LAHIR DI MELAKA) merupakan penjawat awam atau anggota pasukan beruniform telah berkhidmat dan telah bermastautin lebih 10 tahun di negeri Melaka serta disahkan oleh Majikan dan Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas) /Pengerusi JAPERUN / Penghulu /Sidang;
  • Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia tidak layak dipertimbangkan;
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mengikut syarat, permohonan tidak di pertimbangkan.

Salinan dokumen-dokumen sokongan

  • 1 Salinan Kad Pengenalan/MyKad pemohon.
    1 Salinan Sijil Lahir pemohon.
    1 Salinan Kad Pengenalan ibu bapa pemohon.
    1 Salinan Sijil sekiranya Ibubapa yang bercerai, meninggal dunia dan Ibu atau Bapa tiri (1 Salinan Sijil Nikah)
    1 Salinan Surat Tawaran Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta mempunyai tarikh pendaftaran ke masukan IPT
    1 Salinan Buku Akaun/Penyata Bank/Surat Pengesahan Pembukaan Akaun pemohon.

    • Bank yang aktif sahaja;
    • Akaun Bersama tidak dibenarkan;
    • Pastikan nama dan nombor akaun jelas.
  • 1 Salinan sijil berhenti sekolah rendah dan 1 salinan sijil berhenti sekolah menengah pemohon.
  • 1 Salinan bidang pengajianyang mempunyai PENDAFTARAN MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY (MQA).

*Dimaklumkan bahawa, setiap salinan dokumen perlu disahkan oleh Wakil Rakyat/Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas)/Pengerusi JAPERUN/Penghulu/Sidang.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan boleh dibuat secara atas talian (online) di portal eTAPEM – DI SINI.

Borang yang telah lengkap diisi secara atas talian, kemudiannya perlu dicetak dan dihantar bersama dokumen-dokumen sokongan ke pejabat TAPEM:

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka TAPEM

No 34-4, Tingkat 4, Bangunan Kota Cemerlang
Hang Tuah Jaya, 75450 Lebuh Ayer Keroh
Melaka

Dimaklumkan juga bahawa sekiranya pembayaran tidak diterima oleh pemohon melebihi tempoh dua bulan dari tarikh permohonan dibuat, maka ia hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini juga boleh dirujuk di portal rasmi TAPEM – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Golongan B40 atau 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Dalam konteks ekonomi negara, mereka adalah kumpulan yang paling terkesan…
Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…