Cara memohon bantuan RM2,000 untuk isi rumah B40: Permohonan ditutup pada 31 Januari ini

Seperti yang semua telah sedia maklum, dalam Bajet 2022 yang dibentangkan di Dewan Rakyat tahun lalu – kerajaan telah bertuju untuk memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM.

BKM pada asasnya merupakan bantuan tunai kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ia juga diberikan kepada segenap golongan merangkumi isi rumah, warga emas bujang/tanpa pasangan dan bujang (tidak mempunyai anak).

Kadar Bantuan Isi Rumah

Bagi kategori isi rumah, syarat-syarat kelayakan BKM mereka adalah:

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

 

Mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan akan menerima nilai bantuan sebanyak:

Cara Memohon & Kemaskini

Dimaklumkan bahawa, BKM adalah kesinambungan Bantuan Prihati Rakyat (BPR) yang diberikan pada tahun lalu. Makanya, mereka yang tidak membuat permohonan BPR dan inginkan BKM, perlu membuat permohonan baru.

Manakala, kemaskini pula perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat dari BPR sebelum ini. Berikut adalah tatacaranya:

  • Layari portal rasmi BKM – DI SINI.
  • Klik pada butang ‘Permohonan Baru’
  • Isi maklumat seperti yang diminta oleh sistem.

 

Akan tetapi, sekiranya semakan permohonan di portal BKM 2022 menunjukkan nama pemohon wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, pemohon tidak perlu membuat kemas kini maklumat BKM 2022.

Tarikh tutup permohonan baru dan kemaskini BKM adalah pada 31 JANUARI 2022, ISNIN. 

Untuk maklumat terperinci dan lengkap berkenaan BKM, rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…