Ada anak yang masih bersekolah? Ini cara memohon Bantuan Kewangan SPZAS RM200 ‘one-off’

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor Rendah & Menengah (SPZAS Ren & Men) di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Bantuan ini melibatkan sumbangan kewangan kepada mereka yang mempunyai anak sedang bersekolah bagi meringankan beban kos pendidikan pada tahun 2022.

Kadar sumbangan adalah sebanyak RM200 bagi setiap tanggungan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Beragama Islam;
  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga tahun;
  • Permohonan hanya untuk pra sekolah/tadika (5 & 6 tahun) hingga tingkatan lima (sesi persekolahan 2022 sahaja)
  • Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi daripada Haddul Kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf, namun jumlah lebihan tersebut tidak melebihi nilai maksimum RM11,000.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan SPZAS Ren & Men boleh dikemukakan secara atas talian melalui Sistem SPZAS LZS.

Pemohon juga perlu memuat naik dokumen-dokumen berikut ketika permohonan:

  • Kad pengenalan ketua keluarga;
  • Kad pengenalan pasangan;
  • Borang A (Borang Pengesahan Bermastautin, Pendapatan Seisi Keluarga);
  • Borang B (Borang Pengesahan Sekolah Rendah & Menengah SPZAS LZS (MAIS);
  • Penyata akaun bank ketua keluarga;
  • Penyata / slip gaji ketua keluarga/pasangan dan tanggungan lain (sekiranya pendapatan melalui kerja bermajikan).

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan SPZAS Ren & Men serta Borang A dan Borang B boleh dirujuk di Portal Rasmi LZS – DI SINI, manakala permohonan boleh dikemukakan DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong FELDA Ambilan Julai 2025: Gaji RM2,210 - RM8,150

Pengambilan Jawatan Kosong FELDA Ambilan Julai 2025: Gaji RM2,210 - RM8,150

Pada ketika ini, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…