Cara memohon Bantuan Zakat RM500 secara ‘one-off’ untuk golongan B40 yang terjejas

Dalam usaha membantu mereka yang terkesan akibat pandemik, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memperkenalkan Bantuan Zakat Selangor Peduli.

Bantuan ini secara asasnya merupakan bantuan khusus kepada golongan B40 yang terjejas pendapatan dan hilang pekerjaan akibat hambatan pandemik. Dimaklumkan juga bahawa, bantuan ini BUKAN UNTUK ASNAF fakir, miskin dan muallaf yang berdaftar dengan LZS.

Berikut adalah penjelasan tentangnya:-

Kadar Bantuan

Berdasarkan laporan Berita Harian, LZS telah memperuntukkan agihan zakat sebanyak RM25.7 juta bagi tujuanĀ Zakat Selangor Peduli.

Dari jumlah berkenaan, mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan dan diluluskan permohonan – akan menerima bantuan zakat sebanyak RM500 secara ‘one-off’ menerusi bantuan zakat ini.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Beragama Islam;
  • Warganegara atau pemastautin tetap (PR);
  • Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil);
  • Pemohon mestilah Ketua Keluarga bagi isi rumah;
  • Memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin.
  • Pemohon telah dibanci menggunakan Had al-Kifayah, dan terkesan akibat pandemik C-19 seperti berikut:
    • Hilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil / penjaja); atau
    • Masih diarah cuti tanpa gaji; atau
    • Masih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atau;
    • Pemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan) / Pencen atau Bantuan Ilat / Pencen Penakat / Insuran/ Pengeluaran KWSP.

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan dan ingin memohon, permohonan bantuan zakat ini boleh dikemukakan secara atas talian (online) – DI SINI.

Dalam masa sama, pemohon turut perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan bagi melancarkan proses permohonan seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan ketua keluarga dan pasangan;
  • Salinan Kad Pengenalan atau sijil kelahiran tanggungan;
  • Slip pendapatan atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri;
  • Pengesahan pemberhentian kerja atau diarah cuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan (bagi yang bekerja). Bagi yang tiada Surat Berhenti Kerja boleh muat turun borang ini : BORANG AKUAN HILANG PENDAPATAN
  • Dokumen pendaftaran atau lesen perniagaan (sekiranya berkaitan);
  • Maklumat bank yang mengandungi nama bank, nama pemegang akaun dan no akaun bank untuk urusan pembayaran terus ke akaun pemohon. Bagi yang tiada akaun bank, sila muat turun borang ini untuk pindahan tunai ke akaun pasangan ataupun wakil : SURAT PERWAKILAN KUASA
  • Pengesahan Tempat Tinggal (Mastautin) di Negeri Selangor. Contohnya Bil Air / Bil Elektrik / Bil Internet / Cukai Pintu atas nama atau alamat Pemohon (satu sahaja diperlukan).

 

Maklumat terperinci berkenaan tatacara permohonan dan sebagainya boleh dirujuk di laman rasmi LZS atau KLIK SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Golongan B40 atau 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Dalam konteks ekonomi negara, mereka adalah kumpulan yang paling terkesan…
Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…