Cara memohon Insentif Khas RM200 untuk pasangan pengantin baru

Melalui Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2021, sebanyak 8 inisiatif untuk rakyat Pahang telah diperkenalkan bagi memastikan kebajikan setiap lapisan masyarakatnya terpelihara.

Antaranya termasuklah Insentif Khas Pasangan Pengantin (IKPP) yang melibatkan pemberian sumbangan kewangan sebanyak RM200 kepada pasangan baru berkahwin di negeri berkenaan.

Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan IKPP: –

Syarat-syarat Kelayakan

Untuk makluman, insentif ini hanya disediakan untuk pasangan yang pengantin lelakinya berpendapatan RM5,000 dan ke bawah, serta tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan berikut:

  • Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini;
  • Samada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang;
  • Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5,000 dan ke bawah layak menerima insentif;
  • Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang. (Kebenaran Luar Negeri (KBLN));
  • Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah;
  • Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan);
  • Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras;
  • Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif;
  • Setiap permohonan perlu hantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan di buat.

Kategori tidak layak IKPP

  • Poligami;
  • Nikah semula (pasangan yang sama selepas tamat tempoh iddah);
  • Nikah tanpa kebenaran;
  • Kedua pasangan bukan asal Pahang;
  • Pendapatan lelaki melebihi RM 5,000

 

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan (muat turun – DI SINI).

Ia kemudiannya perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen berikut:

  • 2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang);
  • 1 Salinan catatan akad nikah pemohon;
  • 2 Salinan penyata akaun bank pemohon.

 

Dan dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah, tempat di mana permohonan kebenaran atau pendaftaran perkahwinan dibuat.

Maklumat terperinci berkenaan IKPP juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…