Cara menuntut Bantuan Kewangan RM700 automatik kepada B40 yang ramai terlepas pandang

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya termasuklah sebuah bantuan melibatkan kadar sebanyak RM700 di bawah Skim Perlindungan Masyarakat mySalam. Ia diberikan kepada golongan B40 yang juga penerima BKM 2022 secara automatik.

Bantuan RM700 ini adalah merupakan pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti. Berikut maklumat lanjut berkenaan skim bantuan ini:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022:
    • Berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
    • Individu bujang berumur antara 21 tahun dan 65 tahun;
    • Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Menuntut

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, tuntutan MySalam bagi tujuan hospitalisasi boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  • Langkah 1: Layari Portal Rasmi MySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan);
  • Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
  • Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format pdf atau jpeg
    • Salinan Nota Discaj
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

 

Untuk membuat semakan kelayakan dan lebih lengkap lagi berkenaan skim ini, sila layari Portal Rasmi MySalam – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…