Cara semak dan tuntut ‘Wang Tak Dituntut’ secara atas talian dari Jabatan Akauan Negara

Setakat Februari lalu, media melaporkan sebanyak RM11.8 bilion wang tak dituntut (WTD) telah diserahkan oleh pelbagai entiti kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang bertindak sebagai pemegang amanah.

Salah satu definisi WTD adalah wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu tahun.

Contoh-contoh sumber WTD adalah seperti berikut:

  • Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • Dividen;
  • Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

Semakan WTD

Oleh kerana banyak WTD yang masih belum sampai kepada empunyanya, JANM telah memperkenalkan sistem eGUMIS bagi memudahkan orang ramai / syarikat membuat semakan dan menuntut wang mereka.

Semakan WTD boleh dibuat secara atas talian melalui nombor pengenalan diri dan nombor pendaftaran syarikat.

Berikut adalah tatacaranya:

  • Langkah 1 : Layari portal eGUMIS.
  • Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.
  • Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar.
  • Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.
  • Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat Semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak  maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)
  • Langkah 6 : Klik “Cetak”, jika perlu.

Cara tuntut WTD

Kepada yang mempunyai WTD, mereka boleh menuntut wang itu secara atas talian untuk dimasukkan ke akaun bank masing-masing. Berikut adalah tatacaranya:

  • Langkah 1 : Layari portal eGUMIS
  • Langkah 2 : Klik pada ruangan “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu)
  • Langkah 3 : Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih “Teruskan Dengan Permohonan”
  • Langkah 4 : Klik pada “Tambah Penerima” untuk masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian “Simpan”.
  • Langkah 5 : Muat naik dokumen sokongan bagi kategori “MANDATORI”
  • Langkah 6 : Tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap DISAHKAN.
  • Langkah 7 : Rujuk Portal eGUMIS untuk status permohonan WTD.

 

Dalam masa sama, tempoh sah akaun pengguna eGUMIS adalah selama 6 bulan dari tarikh terakhir log masuk ke portal eGUMIS.

Akaun pengguna kemudiannya akan dinyahaktif secara automatik dan pengguna perlu mendaftar semula sebagai pengguna baharu.

Maklumat terperinci berkenaan semakan dan tuntutan WTD juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…