Cara semak kelayakan & memohon bantuan RM700 untuk rakyat Malaysia yang menerima BKM

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan insiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui Skim Perlindungan Masyarakat mySalam yang bertujuan untuk menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 6.8 juta individu rakyat Malaysia.

Antara manfaat utama mySalam adalah pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana Hospital Kerajaan, Hospital Tentera, dan Hospital Universiti.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan insiatif ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Merupakan penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 dari golongan B40:
    • Berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
    • Individu bujang berumur antara 21 tahun dan 65 tahun;
    • Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Menuntut

Kepada yang ingin membuat Tuntutan Hospitalisasi mySalam, ia boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  • Langkah 1: Layari Portal Rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan);
  • Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
  • Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format pdf atau jpeg
    • Salinan Nota Discaj
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

 

Semakan kelayakan mySalam boleh dibuat DI SINI dan maklumat lengkap berkenaannya boleh dirujuk di Portal Rasmi mySalam – DI SINI.

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dinanti-nantikan, termasuk di Malaysia. Ia bukan sahaja menandakan berakhirnya bulan Ramadan, tetapi juga menjadi…
Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Hari Raya Aidilfitri adalah saat yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Ia bukan sekadar perayaan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga simbol…
Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Golongan B40 merujuk kepada 40% penduduk Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah terendah. Kategori ini ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Median…