Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah dengan memperkenalkan Skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) Disewa kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.
PPR ini pada asasnya merupakan satu program Kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan Rumah PPR Disewa: –
Ciri-Ciri Rumah PPR
- Kawasan bandar – bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
- Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
- Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
- Binaan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
- Kemudahan Asas:
- Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
- Surau/Ruang Solat
- Gerai Makan/Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan/Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas;
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan;
- Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah;
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Baca juga:
- Bantuan tunai dengan tambahan e-Wallet RM150 setiap bulan: Cara mohon Bantuan Bulanan MAIWP
- Senarai penerima Bantuan Kewangan BMT RM800 Fasa 2 & Fasa 3 yang mula dibayar bulan depan
Cara Memohon
Buat ketika ini, terdapat dua Projek Rumah PPR Disewa yang dibuka permohonanya iaitu:
- PPR Kg. Batu Putih, Sandakan / PPR Taman Batu Putih (Sewa bulanan RM170)
- PPR Kg. Kiansom Besar, Inanam, Sabah (Sewa bulanan RM220)
Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan rumah ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Pengurusan Perumahan Negara.
Maklumat lengkap tentang PPR Disewa boleh dirujuk Portal TEDUH KPKT DI SINI dan pendaftaran secara atas talian boleh dikemukakan DI SINI.