BMT

Senarai penerima Bantuan Kewangan BMT RM800 Fasa 2 & Fasa 3 yang mula dibayar bulan depan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang telah dinaikkan jumlahnya kepada RM800 berbanding RM600 pada tahun lalu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-

BMT Fasa 2 & Fasa 3

Pembayaran BMT Fasa 1 sebanyak RM300 telah pun selesai dikreditkan kepada yang layak pada bulan bulan Januari 2023. Manakala, pembayaran Fasa 2 dan Fasa 3 akan dibuat pada bulan Februari dan Mac 2023.

Jumlah pembayaran bagi kedua-dua fasa ini pula adalah sebanyak RM300 (Fasa 2) dan RM200 (Fasa 3).

Senarai Penerima BMT 2023

Untuk makluman, BMT ini diberikan kepada para peneroka getah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang menepati syarat-syarat berikut:

  • Peneroka tanaman getah yang menghantar hasil ke pusat mengumpul getah FELDA;
  • Mereka yang tiada hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah;
  • Mereka yang sedang dalam tempoh tanam semula bersama FELDA.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Kaedah Pembayaran

Pembayaran BMT FELDA 2023 ini melibatkan peruntukan sebanyak RM9.7 juta dan akan memanfaatkan 12,138 peneroka tanaman getah seluruh negara.

Kaedah pembayaran pula akan dilaksanakan secara kredit terus ke akaun bank penerima yang layak.

Oleh demikian, diharapkan bantuan kewangan ini akan dapat meringankan beban peneroka tanaman getah yang terjejas ketika musim tengkujuh.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…