Dinaikkan kepada RM150: Ini syarat-syarat kelayakan bantuan kewangan BAP

Dalam usaha meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan persiapan persekolahan anak-anak, pihak kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ketika pembentangan Bajet 2022,  pihak kerajaan juga telah bersetuju untuk menaikkan jumlah bayaran BAP dari RM100 sebelumnya, kepada RM150 kepada yang layak. Bantuan itu nanti dijangka akan memanfaatkan tiga juta murid dan membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM450 juta.

Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan BAP: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia);
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3,000 dan ke bawah pada tahun semasa.
    • Pendapatan kasar bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja.
    • Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan kasar bulanan.
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

Cara Pembayaran

BAP akan disalurkan oleh Kementerian secara berperingkat terus ke:

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; atau
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK.

 

Bantuan berkenaan kemudiannya akan diberikan kepada murid yang layak oleh pihak sekolah, selaras dengan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Untuk maklumat terperinci berkenaan BAP, boleh rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Institut Kerajaan – Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

Warga emas merupakan golongan istimewa dalam masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menyumbang kepada pembinaan negara sejak zaman muda, malah menjadi…
E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

Setiap hari, kita semua bergantung kepada keperluan asas untuk meneruskan kehidupan – makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, dan pendidikan. Namun…