Dividen ASB

Dividen sehingga 5%: Ini adalah senarai Amanah-Amanah Saham Harga Tetap selain ASB

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang ditubuhkan pada 22 Mei 1979. Setelah lebih 40 tahun berada dalam industri, ASNB kini mengurus 16 dana yang bernilai RM277.86 bilion pada tarikh catatan terakhir 31 Disember 2021.

Seperti mana yang ramai sedia maklum, produk ASNB paling popular adalah Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang memberikan agihan pendapatannya sebanyak 5.00 sen seunit bagi tahun lalu.

Berikut pula adalah senarai Amanah-Amanah Saham Harga Tetap di bawah ASNB yang kita perlu tahu: –

Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2)

Objektif pelaburan ini adalah bagi menjana pulangan jangka panjang yang konsisten di samping memastikan pengekalan modal pemegang unit dengan menyertai pelaburan di dalam portfolio aset campuran. Sebelum ini, ASNB mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan ASB 2 sebanyak 4.30 sen seunit.

Amanah Saham Bumiputera 3-Didik (ASB 3 DIDIK)

ASB 3 Didik adalah bertujuan  memberi peluang pelaburan yang dapat menjana pulangan dan pertumbuhan pelaburan jangka panjang yang berpatutan. Agihan pendapatannya pada tahun ini adalah sebanyak 4.25 sen seunit.

Amanah Saham Malaysia (ASM)

ASM memberi peluang pelaburan jangka panjang kepada pemegang-pemegang unit untuk menjana pulangan yang kompetitif dan berterusan menerusi pelaburan dalam portfolio yang dipelbagaikan.

ASM 3 bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2022 mencatatkan agihan pendapatan sebanyak 3.75 sen seunit untuk dana harga tetapnya.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Amanah Saham Malaysia 2-Wawasan (ASM 2 WAWASAN)

ASM 2 WAWASAN memberi kadar pulangan yang berpatutan kepada pemegang-pemegang unit menerusi pelaburan dalam portfolio terpilih yang terdiri daripada pelaburan yang dibenarkan. Agihan pendapatannya pada 2022 adalah 3.75 sen seunit.

Baca lagi:

Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3)

Objektif utama amanah saham ini adalah bagi mendapatkan peluang pelaburan yang menjana pendapatan yang konsisten dan berterusan di samping mengekalkan modal pelaburan para pemegang unit di dalam tempoh jangka panjang melalui portfolio pelaburan yang dipelbagaikan. Agihan Pendapatan ASM bagi 2021 adalah sebanyak 4.00 sen seunit.

Cara Mohon

Bagi yang ingin membuat pelaburan di bawah amanah-amanah saham harga tetap ini, ia boleh dibuat melalui cawangan-cawangan ASNB atau ejen-ejen ASNB yang dilantik.

Selain itu, penambahan pelaburan juga boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal atau Aplikasi Rasmi myASNB.

Maklumat lengkap berkenaan produk-produk amanah saham ASNB boleh dirujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan MyKasih RM1,200 dikreditkan dalam MyKad: Senarai penerima & cara menggunakannya

Bantuan MyKasih RM1,200 dikreditkan dalam MyKad: Senarai penerima & cara menggunakannya

Keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat telah menjadi antara salah satu isu utama di kalangan rakyat Malaysia. Prihatin dengan…
Pelbagai jawatan kosong Bank Islam, ambilan September 2024: Gaji RM1,800 hingga RM3,500

Pelbagai jawatan kosong Bank Islam, ambilan September 2024: Gaji RM1,800 hingga RM3,500

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Bank Islam Malaysia Berhad kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan…
Bantuan Geran Pelancaran RM2,700: Diberikan kepada B40 secara 'one-off'

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700: Diberikan kepada B40 secara 'one-off'

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…