Dividen ASB

Dividen ASB telah diumumkan secara rasmi: Berikut cara semak & buat pengeluaran secara online

Pengurus dana iaitu Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah sebuah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia ditubuhkan pada 22 Mei 1979 sebagai syarikat pengurusan unit amanah di bawah PNB.

Pada 22 Disember 2022, ASNB telah mengumumkan agihan pendapatan (dividen) bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun 2022 sebanyak 4.60 sen seunit untuk dana utamanya.

Daripada 4.60 sen itu, 3.35 sen adalah dividen, manakala 1.25 sen pula adalah bonus.

Dalam masa sama, ASNB turut mengumumkan Bonus Tambahan sebanyak 0.50 sen seunit untuk 30,000 unit pertama yang dipegang oleh pemegang unit ASB.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria berkata, jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM8.9 bilion ini akan memanfaatkan 10.6 juta pemegang unit ASB.

“Walaupun dalam keadaan pasaran yang sukar, kami telah memberi agihan pendapatan yang kompetitif kepada pemegang unit ASB, termasuk bonus tambahan pada tahun ini.

“Jumlah pengagihan sebanyak RM8.9 bilion akan memanfaatkan 10.6 juta pemegang unit yang memegang 186.4 bilion unit dalam ASB. Bonus Tambahan tersebut adalah untuk membantu pemegang unit kami berhadapan dengan tekanan kos sara hidup.” katanya dalam sagtu kenyataan.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn pula berkata, pada tahun ini, syarikat Malaysia muncul sebagai penyumbang terbesar kepada pulangan, didorong oleh pelaburan ASB dalam sektor perkhidmatan kewangan, perladangan dan penjagaan kesihatan.

Tambahnya, ASB memanfaatkan prestasi pasaran ekuiti domestik yang agak kukuh pada separuh pertama 2022 untuk meraih keuntungan, mengimbangi semula portfolio dan meningkatkan pegangan tunainya.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Cara Semak & Buat Pengeluaran

Dimaklumkan bahawa, segala urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 22 hingga 31 Disember 2022.

Semua urusan kemudiannya boleh dijalan seperti biasa bermula pada 1 Januari 2023.

Kepada para pemegang unit ASB, semakan baki dan dividen boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal myASNB atau Aplikasi myASNB yang boleh dimuat turun di telefon pintar masing-masing selepas itu.

Had maksimum jualan balik (pengeluaran) yang ditetapkan bagi urusan secara atas talian adalah sebanyak 2,000 unit sebulan.

Jika perlu lebih dari nilai unit itu, ia boleh dibuat melalui cawangan-cawangan ASNB atau wakil-wakilnya di seluruh negara.

Sumber: BH Online; Astro Awani & Portal Rasmi ASNB

ARTIKEL BERKAITAN

RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Berdasarkan data rasmi, isi…
Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pada ketika ini, Insititut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan…
E-Dompet RM300 Dikreditkan Setiap Bulan: Ini Cara Memohon Bantuan BINGKAS

E-Dompet RM300 Dikreditkan Setiap Bulan: Ini Cara Memohon Bantuan BINGKAS

Dalam kehidupan seharian, terdapat beberapa perkara asas yang menjadi keutamaan setiap individu dan keluarga. Barangan keperluan harian seperti makanan, minuman,…