Dividen KWSP telah dikreditkan: Ini cara semak dalam Akaun 1 & Akaun 2 secara atas talian

Seperti mana ramai sedia maklum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan agihan pendapatannya (dividen) sebanyak 6.10 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.65 peratus untuk Simpanan Syariah bagi tahun 2021.

Dividen ini adalah lebih tinggi berbanding tahun 2020, dengan jumlah pengagihan terkumpul bagi 2021 adalah RM56.72 bilion, iaitu RM50.45 bilion untuk Simpanan Konvensional dan RM6.27 bilion lagi untuk Simpanan Syariah.

Prestasi positif ini adalah hasil pendekatan kepelbagaian portfolio yang berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA), yang memastikan KWSP bertahan terhadap kejutan kewangan serta kekal stabil dalam situasi yang tidak dijangka.

Malah, setakat 31 Disember 2021, KWSP telah mencatatkan peningkatan 6% dalam jumlah pendapatan pelaburan kasar kepada RM67.06 bilion daripada RM63.45 bilion pada 2020. Ia didorong oleh pemulihan pasaran ekuiti dan sebahagian besar kelas aset semasa pemulihan global.

Cara Semak Simpanan KWSP

Kepada yang membuat caruman di KWSP, semakan simpanan di Akaun 1 dan Akaun 2 boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman i-Akaun KWSP – DI SINI.

Kepada yang belum membuat pendaftaran i-Akaun, pendaftaran boleh dibuat di mana-mana Kaunter atau Kiosk KWSP. Ahli kemudiannya boleh mengaktifkan i-Akaun dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang diterima selepas pendaftaran.

Pengaktifan kemudiannya perlu dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh pendaftaran i-Akaun. Berikut adalah tatacara membuat semakan:

  • Layari laman i-Akaun – DI SINI;
  • Isi ID Pengguna;
  • Isi ‘Kata Laluan’;
  • Klik pada butang ‘Log Masuk’;
  • Klik pada menu ‘Akaun Perivadi’;
  • Baki simpanan di Akaun 1 dan Akaun 2 akan dinyatakan.

 

Untuk pelbagai lagi maklumat terkini berkenaan KWSP, sila rujuk di portal rasmi KWSP – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bina rumah atas tanah sendiri dengan bantuan RM20,000: Berikut cara buat memohon

Bina rumah atas tanah sendiri dengan bantuan RM20,000: Berikut cara buat memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Pengambilan lebih 100 jawatan kosong di JAKIM tahun 2023: Gaji sehingga RM4,003

Pengambilan lebih 100 jawatan kosong di JAKIM tahun 2023: Gaji sehingga RM4,003

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…
Senarai bantuan- bantuan RM200 - RM300 yang dibayar bulan ini: Semak sama ada layak atau tidak

Senarai bantuan- bantuan RM200 - RM300 yang dibayar bulan ini: Semak sama ada layak atau tidak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…