FELCRA buka pengambilan baru: Terbuka di seluruh negara & pelbagai elaun disediakan

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah atau FELCRA pada awalnya adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1966. Ia berperanan dalam usaha memajukan kawasan luar bandar, dengan membuka peluang kepada masyarakat di kawasan terbabit terlibat dalam aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan.

Menjelang tahun 1997, FELCRA telah berubah status dari sebuah badan berkanun ke sebuah entiti Syarikat Korporat milik Menteri Kewangan (diperbadankan) dan di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Kini, FELCRA Berhad telah menyertai beberapa bidang perniagaan secara proaktif seperti perladangan, pembajaan, hartanah dan pembinaan, pendidikan serta penghasilan makanan termasuk ternakan tenusu.

Selaras dengan peranannya itu, FELCRA telah membuka beberapa kekosongan jawatan di seluruh Malaysia untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Operator Penuaian Sawit
  2. Pemandu Jentera

 

Syarat-syarat kelayakan jawatan adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 hingga 45 tahun
  • Boleh membaca dan menulis
  • Seorang yang sihat tubuh badan
  • Seorang yang berdisiplin, berintegriti dan rajin bekerja
  • Mempunyai Lesen Jentera Kelas F (untuk jawatan Pemandu Jentera)

 

Jawatan juga datang dengan pelbagai faedah, antaranya:

  • Gaji RM1,200 dan ke atas
  • Insentif produktiviti
  • Elaun Penuaian/Pemandu Jentera
  • Elaun lebih masa
  • Elaun kehadiran
  • Elaun kenderaan
  • Elaun rumah
  • Cuti tahunan

 

Cara memohon:

Bagi calon yang berminat, iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI. Manakala, pemohon pula boleh menghadiri temu duga di:

  • Pejabat-Pejabat Kawasan FELCRA Berhad seluruh Malaysia
  • Pada setiap hari Khamis

 

Untuk keterangan lanjut berkenaan kekosongan dan lokasi temu duga, calon boleh menghubungi nombor berikut:

  • Wilayah Johor: 019 – 9387860
  • Wilayah Tengah (N.Sembilan, Selangor & Melaka): 013 – 2021093
  • Wilayah Perak: 011 – 55525844
  • Wilayah Utura (Kedah, Perlis & Pulau Pinang): 018 – 3692557
  • Wilayah Timur (Kelantan & Terengganu): 014 – 7425262
  • Wilayah Pahang: 012 – 9685706
  • Wilayah Sarawak: 019 – 8166466
  • Wilayah Sabah: 019 – 8838807

 

Calon juga boleh menghubungi FELCRA melalui e-mel di alamat: [email protected]

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…