felda

FELDA buka pengambilan banyak jawatan kosong dengan kelayakan minima SPM: Mohon sekarang

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan FELDA

  1. JURUVIDEO
    • Taraf Jawatan: Kontrak
  2. JURUFOTO & PEREKA GRAFIK
    • Taraf Jawatan: Kontrak
  3. VIDEO EDITOR
    • Taraf Jawatan: Kontrak
  4. PERSONEL MYSTEP (PENGURUSAN DATA & BAYARAN)
    • Taraf Jawatan: Kontrak

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • JURUVIDEO
    • Minima SPM dan Kelebihan Pengalaman di dalam bidang Creative Multimedia atau yang berkaitan;
    • Berdisiplin dan menepati masa;
    • Berminat meningkatkan ilmu dan kemahiran diri;
    • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan bertanggungjawab;
    • Memiliki personaliti yang menarik dan berdisiplin, sihat tubuh badan, cergas dan ceria;
    • Berkebolehan lancar dan fasih berbahasa Melayu ;
    • Berkebolehan mengendalikan komputer terutamanya perisian berkaitan video editor;
    • Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum dan menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan;
    • Mahir dalam aspek teknikal suntingan video.
  • JURUFOTO & PEREKA GRAFIK
    • Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang graf design sekurang – kurangnya 1 tahun dan ke atas;
    • Minima SPM dan Kelebihan Pengalaman di dalam bidang Creative Multimedia atau yang berkaitan adalah kelebihan;
    • Berdisiplin dan menepati masa;
    • Berkebolehan mengendalikan perisian berkaitan dengan rekabentuk grafik;
    • Mampu menyiapkan dalam tempoh waktu yang ditetapkan;
  • VIDEO EDITOR
    • Calon bertaraf minima SPM dan mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan adalah dipelawa;
    • Memerlukan Kemahiran dalam Adobe Premiere Pro ATAU CapCut;
    • Pengalaman dalam mengedit rakaman atau sekurang-kurangnya kebiasaan apa-apa produk di TikTok akan menjadi satu kelebihan;
    • Memahami keperluan dan keperluan demografi tempatan di media sosial;
    • Biasa dengan trend media sosial terkini dan topik hangat;
    • Berorientasikan sasaran dan cepat belajar;
    • Mempunyai Minat Yang Mendalam di dalam Kerja yang dipertanggungjawabkan.
  • PERSONEL MYSTEP (PENGURUSAN DATA & BAYARAN)
    • Memiliki Sijil berkaitan dan setaraf;
    • Berkemahiran dalam mengendalikan komputer seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, -Microsoft Power Point dan Email;
    • Mahir dalam Sistem SAP adalah diutamakan;
    • Sihat tubuh badan;
    • Berkebolehan bekerja dalam situasi yang sukar;
    • Berkebolehan berinteraksi, berkomunikasi dan bekerja dalam kumpulan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) di Portal MyFutureJobs. Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di untuk jawatan yang ingin dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan.

Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Tarikh tutup permohonan pada 17 MEI 2024 dan 24 MEI 2024 (MENGIKUT JAWATAN).

Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga oleh pihak majikan. Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 (Akta 474) untuk pembangunan tanah dan penempatan semula (dibawah GSA-Group Settlement Areas – Akta 530). Ia objektif untuk pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah. Antara fungsi FELDA adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.

Pada hari ini, FELDA terus menjalankan peranan utama dengan menyediakan beberapa kemudahan yang mencukupi dan moden di rancangan FELDA, memastikan generasi peneroka seterusnya mendapat asas pendidikan yang elok dan wajar termasuk berpendidikan tinggi kepada yang sesuai untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kualiti hidup mereka.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…