Geran Pelancaran JKM: Bantuan one-off RM2,700 untuk mulakan perniagaan kecil-kecilan

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu, terlalu ramai yang telah terjejas akibat kehilangan pekerjaan atau terputus punca pencarian. Apatah lagi kepada mereka yang sememangnya sedia kurang berkemampuan. Maka, ramai yang beralih arah dengan membuka perniagaan secara kecil-kecilan bagi menampung kehidupan seharian.

Akan tetapi, membuka perniagaan juga memerlukan modal dan tidaklah semudah yang disangka. Nampaknya, sejak beberapa tahun lalu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada memperkenalkan skim bantuan Geran Pelancaran kepada mereka yang memerlukan.

Melalui bantuan ini, pemohon yang layak akan menerima bantuan kewangan one-off sebanyak RM2,700 bagi tujuan:

  • Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/keluarga.
  • Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.
Peniaga kecil turut terkesan dengan pelbagai pelaksanaan dasar akibat Covid-19. Gambar: Harian Metro.

Kriteria kelayakan:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Kumpulan sasar JKM.
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (KPKM).

 

Syarat khusus:

  • Bantuan hanya disediakan kepada penerima bantuan JKM sedia ada sahaja.
  • Jika bukan penerima bantuan sedia ada, pemohon boleh membuat permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu.
  • Sekiranya layak menerima bantuan bulanan, maka permohonan Geran Pelancaran boleh dikemukakan.

 

Cara memohon:

  • Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian terdekat
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan
  • Borang permohonan juga boleh didapati secara atas talian di sini.

 

Jika ada sebarang kemusykilan, pemohon boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan atau layari laman rasmi JKM di sini.

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…