Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan ini diberikan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan dan sebagai usaha membantu kehidupan masyarakat.
Bantuan-bantuan ini juga datang dengan syarat-syarat tertentu dan diberikan kepada mereka yang layak dan menepati syarat-syarat kelayakan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan yang telah diperkenalkan: –
Insentif RM1,000 ‘one-off’
Pada April lalu, Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan Insentif Haji Muassasah sebanyak RM1,000 dan diberikan secara sekaligus atau ‘one-off’. Pada tahun 2024 ini, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntuk RM6 juta bagi pelaksanaan skim itu, meningkat tiga kali ganda berbanding RM1.5 juta pada 2023.
Untuk maklumat, kadar bantuan ini telah dinaikkan kepada RM1,000 berbanding RM500 sebelum ini dan setiap jemaah juga akan menerima kit penjagaan diri.
Berikut adalah maklumat syarat-syarat kelayakan bagi insentif ini:
- Pemohon telah mendaftar haji dimana-mana cawangan Lembaga Tabung Haji Selangor;
- Jemaah haji muassasah daripada Kumpulan B40, M40 dan T20 layak memohon;
- Pemohon telah mengesahkan penawaran menunaikan haji dari Lembaga Tabung Haji Negeri Selangor untuk mengerjakan haji muassasah bagi tahun 1445H/ 2024M
Cara Memohon
Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan Insentif Haji Muassasah ini boleh dibuat di Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN)/Penyeleras DUN masing-masing. Bagi urusan permohonan, ia dibuka sehingga 23 Ogos 2024.
Pemohon juga perlu membawa dokumen-dokumen berikut ketika mengemukakan permohonan:
- Satu salinan JADUAL PENERBANGAN yang tertera KOD PAKEJ: MUAS
- Satu salinan SURAT TAWARAN HAJI
- Satu salinan KAD PENGENALAN PEMOHON beserta nama WARIS dan NO TELEFON.
“Jemaah haji yang tak sempat memohon sebelum menunaikan haji boleh berbuat demikian selepas mengerjakan ibadah berkenaan. Cepat mohon jangan biarkan kuota tersebut terbiar begitu sahaja. Jangan lepaskan peluang, dapatkan insentif RM1,000,” kata Ketua tanggungjawab sosial dan komunikasi korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.
Insentif – insentif lain
Selain itu, pihak Kerajaan Negeri Selangor juga telah memperkenalkan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) yang melibatkan bantuan yuran tadika bagi anak berumur 5 dan 6 tahun sebanyak RM50 sebulan. Program ini bertujuan membantu meringankan beban ibu-bapa membayar yuran Tadika anak-anak mereka.
Bantuan ini disalurkan terus kepada Tadika yang mempunyai sijil pendaftaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNs), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara (JPN).
Syarat-syarat kelayakan skim ini adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah sama ada:
- Ibu ATAU bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
- ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
- ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
- Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah
- Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja
- Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja
- Untuk Anak yang belajar di TADIKA BERDAFTAR sahaja.
Bagi urusan permohonan, ia boleh dibuat secara atas talian (online) Portal TUNAS, YAWAS. Setelah membuat permohonan, pemohon hendaklah mecetak Borang Permohonan dan dilampirkan bersama:
- Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak
- Salinan MyKad Ibu
- Salinan MyKad Bapa
- Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu)
- Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja *Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat
- Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA sekiranya Bapa Tidak Bekerja*Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat
- Cop Pengesahan Tadika Tempat Anak Belajar
- Bagi Pemohon Yang Bukan Kelahiran Selangor, Berikut Adalah Dokumen Tambahan Yang Perlu Dilampirkan
- Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah IBU
- Cop Pengesahan Bermastautin(Bagi Permohonan Baru Sahaja)
Ia kemudiannya perlud dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran atas talian dilakukan ke e-mel: [email protected] atau alamat:
Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),
Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7
Persiaran Kayangan
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasminya DI SINI.