insentif siswa

Insentif Siswa RM300 hingga RM2,000 secara ‘one-off’: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui Yayasan Perak yang telah memperkenalkan Insentif Siswa Yayasan Perak (INSISYP) Dalam dan Luar Negara. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan insentif ini:

Insentif Siswa Yayasan Perak (INSISYP)

Insentif Siswa Yayasan Perak (INSISYP) Dalam dan Luar Negara sebelum ini dikenali sebagai Dermasiswa Yayasan Perak. Ia diberikan secara ‘one-off’ kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti / IPT di dalam dan luar negara.

Antara objektif utama insentif ini adalah:

  • Meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar Negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan;
  • Mengiktiraf kecemerlangan anak Negeri Perak yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara;
  • Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan anak Negeri Perak yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara;
  • Melahirkan ikon kepimpinan dalam pelbagai bidang yang akan menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Negeri dan Yayasan Perak.

Kadarnya insentif ini bagi dalam negara adalah seperti berikut:

Manakala, jumlah insentif bagi mereka yang melanjutkan pelajaran ke luar negara pula adalah:

Cara Memohon

Untuk maklumat lengkap berkenaan syarat-syarat kelayakan, sila rujuk di Portal Rasmi Yayasan Perak.

Bagi permohonan, ia boleh dibuat dengan beberapa cara iaitu melalui atas talian (online) atau mengisi borang permohonan yang boleh didapati percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lebih teliti berkenaan insentif ini boleh dilihat di Portal Rasmi Yayasan Perak – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…