Isu gaji siswazah: Gaji minimum itu penting, tapi yang lebih penting adalah ‘gaji bermaruah’

Seperti mana yang dilaporkan sebelum ini, dapatan Jabatan Perangkaan mendapati kadar gaji permulaan untuk graduan pada tahun lalu hanya sekitar RM1,001 hingga RM1,500 sahaja, berbanding purata RM2,001 hingga RM2,500 yang direkodkan pada tahun 2019. [Klik sini, untuk baca berita lanjut]

Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui bahawa masalah gaji permulaan graduan yang tidak meningkat di negara ini telah berlarutan selama hampir 19 tahun.

Mengulas hal tersebut, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Jufitri Joha berkata – walaupun pihaknya memperjuangkan gaji minimum, tetapi yang lebih penting adalah biarlah ia ‘gaji bermaruah’.

“Tetapi walaupun gaji minimum sudah ditetapkan, ia masih bergantung kepada majikan yang berkemampuan untuk memberikan gaji bermaruah kepada siswazah.

Dalam masa sama, siswazah mesti meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja kerana saya yakin majikan tidak akan teragak-agak menaikkan gaji dalam tempoh yang singkat untuk pekerja yang berkebolehan, rajin, beretika dan mendatangkan keuntungan kepada syarikat.” – Katanya, petikan dari Harian Metro.

Dalam masa sama, beliau juga membangkitkan kadar gaji yang pernah dicadangkan melalui Kajian Belanjawanku Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2019. Yang antara lainnya mencadangkan gaji sesuai untuk bujang yang tidak berkenderaan di Lembah Klang pada kadar RM1,870 sebulan.

“Berdasarkan petunjuk ini saya syorkan RM2,000 adalah gaji purata ideal permulaan untuk siswazah yang baru memasuki alam pekerjaan sambil menasihatkan mereka supaya meningkatkan etika dan disiplin kerja serta hidup dengan gaya hidup sederhana.

“Selain itu, kerajaan harus memainkan peranan melalui Majlis Perundingan Gaji Negara dan Akta Gaji Minima untuk berunding dan menguatkuasakan perkara supaya nasib pekerja terbela.” – Katanya.

Selain itu, baginya kerajaan harus mencari jalan mengatasi masalah gaji rendah yang semakin membimbangkan ini, selaras dengan misi mereka untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi. Ini kerana, dengan memberikan alasan keadaan ekonomi semasa adalah tidak memadai.

“Kita perlu kepada kestabilan politik yang menjadi teras utama kepada kestabilan ekonomi, apabila politik tidak stabil maka kita tidak boleh merancang pelbagai agenda penting ke depan termasuk agenda tangga gaji dan tambah merisaukan apabila pelabur lari kerana tidak ketentuan politik,” katanya lagi.

Sumber: Harian Metro.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…