Jabatan Perpaduan Negara buka lebih 30 kekosongan di bawah MySTEP: Ini cara memohon

Ditubuhkan sejak tahun 1969, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional adalah sebuah badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam mempertingkat dan memperkukuh kesepaduan sosial masyarakat Malaysia. Ia juga berperanan dalam memperkasa hal ehwal perhubungan dan pembangunan komuniti, selain mengukuhkan hal ehwal pendidikan awal kanak-kanak bagi Taska dan Tabika Perpaduan.

Dalam masa sama, akibat hambatan pandemik yang melanda dunia sehingga mengecil peluang pekerjaan di negara ini, kerajaan telah memperkenalkan Program Pekerjaan Jangka Pendek (MySTEP) yang akan menawarkan sekitar 50,000 peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) bermula Januari 2021.

Selaras dengan usaha itu, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah membuka kekosongan di bawah inisiatif perkenaan. Jawatan yang ditawarkan adalah sebagai PEMBANTU OPERASI yang akan ditempatkan di pejabat negeri dan Tabika Perpaduan.

Syarat kelayakan jawatan adalah seperti berikut:

  • Hanya terbuka untuk calon wanita sahaja.
  • Warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Terhad kepada pemohon yang bermastautin di Kuala Lumpur, Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya sahaja.
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Bidang tugas jawatan pula adalah:

  • Bertanggungjawab membantu tugas Pegawai atau Guru dalam aktiviti pengurusan serta pentadbiran yang dilaksanakan.
  • Membantu menguruskan kerja-kerja am dan operasi pejabat atau Tabika Perpaduan, khususnya hal berkaitan kebersihan.
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa, termasuklah dalam urusan pelaksanaan aktiviti rasmi jabatan, aktiviti kemasyarakatan dan komuniti setempat.

 

Cara memohon:

Kepada yang berminat, iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati di PAUTAN INI. Bagi yang ingin memohon pula, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan jawatan (KLIK SINI) dengan lengkap dan tepat. Borang yang telah siap diisi, hendaklah dilampirkan bersama:

  • Gambar terkini berukuran pasport
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan sijil kelulusan akademik (SPM sahaja)

 

Ia seterusnya hendaklah dihantar ke alamat:

Pengarah,
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
(KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA)
Tingkat 27, Menara TH Selborn
No. 153, Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR.

Hanya pemohon berkelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga. Manakala, bagi yang tidak menerima sekarang maklum balas selepas tempoh 6 bulan dari tarikh permohonan ditutup, hendaklah menganggap permohonannya sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 09 APRIL 2021 (Jumaat).

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan besar-besaran Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM): Mohon sekarang!

Pengambilan besar-besaran Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM): Mohon sekarang!

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawartan kosong yang dibuka.…
Jumlah bayaran STR Fasa 4 untuk isi rumah, warga emas & bujang: Dikreditkan terus ke akaun

Jumlah bayaran STR Fasa 4 untuk isi rumah, warga emas & bujang: Dikreditkan terus ke akaun

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan sama ada berbentuk tunai, e-dompet, geran, rumah…
Bantuan Bil Elektrik untuk rakyat Malaysia setiap bulan: Semak senarai penuh penerima

Bantuan Bil Elektrik untuk rakyat Malaysia setiap bulan: Semak senarai penuh penerima

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, kerajaan Malaysia sentiasa berusaha mencari jalan untuk meringankan beban rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah…