pembayaran

Jadual & maklumat pembayaran STR Fasa 4: Senarai penerima RM600, RM900 & RM1,200

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan kewangan yang diperkenalkan: –

STR Fasa 4

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah bantuan kewangan yang diberikan kepada rakyat Malaysia daripada kalangan B40 dan M40 merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang.

Untuk makluman, STR Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun dikreditkan kepada yang layak, dengan menyaksikan STR Fasa 3 sebelum sambutan Hari Raya Haji lalu.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Oleh hal demikian, hanya berbaki sebuah lagi pembayaran iaitu STR Fasa 4. Berikut adalah jumlah bayaran dan senarai penerimanya:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM200
  • Bilangan anak 1 – 2: RM600
  • Bilangan anak 3 – 4: RM900
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 3 – 4: RM300
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 4: RM200

Pembayaran STR

Pembayaran STR akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang layak. Bagi yang tidak mempunyai akaun bank atau berstatus tidak aktif – pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Berkenaan dengan tarikh pembayaran STR Fasa 4, jadual awalnya adalah pada bulan November 2023.

Akan tetapi, tarikh rasmi pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengikut keputusan terkini Kerajaan.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong POS Malaysia Berhad: Tawaran Gaji Sehingga RM2,499

Jawatan Kosong POS Malaysia Berhad: Tawaran Gaji Sehingga RM2,499

Pada ketika ini, POS Malaysia Berhad kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan RM700 Untuk Golongan B40 Setiap Tahun: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan RM700 Untuk Golongan B40 Setiap Tahun: Permohonan Masih Dibuka

Di Malaysia, golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah yang berada pada kedudukan terendah dari segi pendapatan. Mereka kebiasaannya…
RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Berdasarkan data rasmi, isi…