getah

Pengambilan jawatan besar-besaran Lembaga Getah Malaysia (LGM) dengan gaji sehingga RM5,678

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Getah Malaysia (LGM) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Lembaga Getah Malaysia (LGM)

  1. SETIAUSAHA PEJABAT N29
  2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
  3. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK Q29
  4. PENOLONG AKAUNTAN W29
  5. PEMBANTU KEMAHIRAN H19
  6. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N19
  7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) N19
  8. PEMBANTU PENYELIDIK Q19
  9. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
  10. OPERATOR LOJI H11
  11. PEMANDU KENDERAAN H11
  12. PEMBANTU AWAM H11
  13. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
  14. PEMBANTU OPERASI N11

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan; dan
    • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun;
  • Syarat-syarat kelayakan akademik khusus bagi setiap jawatan boleh dirujuk di hebahan rasmi.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui pautan yang disediakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan. Permohonan juga tidak perlu dicetak atau dipos ke LGM.

Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di untuk jawatan yang ingin dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan.

Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Tarikh tutup permohonan pada 15 MEI 2024 (RABU).

Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Lembaga Getah Malaysia (LGM) adalah sebuah agensi Kerajaan Malaysia yang ditubuhkan untuk mengawasi dan memantau pertumbuhan dan penghasilan tanaman getah di Malaysia. Agensi ini ditubuhkan pada 1 Januari 1998, hasil dari kelulusan Akta Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 1996, dari gabungan Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (LPKGM), Institut Penyelidikan Getah Malaysia dan Lembaga Institut Penyelidikan Getah Malaysia (IPGM) dan Lembaga Pasaran dan Pelesen Getah Malaysia (LPPGM).

Objektif utama LGM adalah bagi membantu dalam pembangunan dan pemodenan industri getah Malaysia dalam semua aspek daripada penanaman pokok getah, perahan dan pemprosesan getah mentahnya, pembuatan produk getah, pemasaran getah dan produk getah.

LGM bukan sahaja berperanan sebagai badan penyelidikan dan inovasi malah ia juga merupakan teraju utama dalam industri getah bagi memastikan pengeluaran pekerja mahir dalam industri ini akan berterusan. Bagi menghasilkan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk menampung kegunaan industri getah, satu aspek yang penting adalah penyediaan latihan yang berkesan dan mencukupi.

Faktor ini dianggap kritikal di mana program-program latihan yang ditawarkan perlu merangkumi semua aspek teori dan teknikal yang diperlukan bagi menyelesaikan pelbagai isu dan cabaran dalam sektor industri perladangan dan sektor pembuatan barangan getah.

Pada tahun 2023, negara memperoleh RM27.16 bilion daripada eksport getah, dengan 70 peratus (RM19.04 bilion) datangnya daripada sarung tangan getah.

ARTIKEL BERKAITAN

Pendapatan bawah RM10,959 layak terima Bantuan RM500: Cara buat permohonan

Pendapatan bawah RM10,959 layak terima Bantuan RM500: Cara buat permohonan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat  Persekutuan atau…
Pengambilan lebih 30 kekosongan di Kementerian Kerja Raya Malaysia: Gaji RM2,529 - RM9,643

Pengambilan lebih 30 kekosongan di Kementerian Kerja Raya Malaysia: Gaji RM2,529 - RM9,643

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…
Tidak semua layak buat pengeluaran dari Akaun Fleksibel KWSP: Ini penjelasan layak atau tidak

Tidak semua layak buat pengeluaran dari Akaun Fleksibel KWSP: Ini penjelasan layak atau tidak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai insiatif dan bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan. Antaranya adalah melalui Kumpulan Wang…