Jabatan Kerja Raya (JKR)

Jawatan Kosong Jabatan Kerja Raya (JKR) Ambilan 2025: Ini Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Kerja Raya (JKR)

PENOLONG JURUTERA (KEJURUTERAAN AWAM) GRED JA5

  • Taraf Jawatan: Sementara
  • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
  • Gaji: RM1,500 – RM1,999
  • Sektor: Kejuruteraan awam / Pembinaan bangunan / Aktiviti ibu pejabat; aktiviti perundingan pengurusan

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Memiliki kelayakan minimum Diploma / Diploma Lanjutan / Diploma Graduan Atasan / DVM / DKM Tahap 4 / DLKM Tahap 5.

Bidang Tugas

Bertanggungjawab mengendalikan perlaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan awam dengan mengumpul maklumat, penyediaan rekabentuk, menyedia dan menyemak, merekod dan menyelenggara lukisan kejuruteraan dan lukisan perunding, menyediakan spesifikasi, merekod inventori, menyelia pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menyelenggara bangunan dan jalan dan mengurus aset teknikal.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal MyFutureJobs.

Pemohon hendaklah memohon jawatan yang setaraf dengan kelayakan yang ditetapkan dan ia hendaklah sahih serta benar. Hanya pemohon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Sejarah jabatan ini bermula selepas Jabatan Ukur yang ditubuhkan pada tahun 1839 telah disatukan dengan pejabat Jurutera Jajahan pada tahun 1871.

Sehingga 31 Disember 1931 di Tanah Melayu terdapat dua Jabatan Kerja Raya yang berasingan. Jurutera Jajahan Negeri-Negeri Selat adalah bertanggungjawab bagi Negeri-Negeri Selat manakala Pengarah Kerja Raya, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bagi Negeri-Negeri Bersekutu dan seorang Jurutera dipinjamkan bagi menjalankan tugas-tugas untuk Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Pada 1 Januari 1932 kedua-dua jabatan telah disatukan menjadi satu Perkhidmatan Kerja Raya Malaya yang berpusat di Singapura dengan nama ‘Pengarah Kerja Raya, Negeri-Negeri Selat’ dan ‘Penasihat Kerja Raya Negeri Melayu’.

Pada tarikh yang sama, cawangan hidrolik bagi Negeri-Negeri Bersekutu Jabatan Kerja Raya telah dijadikan satu jabatan yang berasingan digelar Perkhidmatan Parit dan Taliair diketuai oleh ‘Pengarah Parit dan Taliair, Negeri-Negeri Selat dan Penasihat bagi Parit dan Taliair, Negeri-Negeri Melayu’.

Visi JKR adalah bagi menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan di dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan perkhidmatan kejuruteraan demi pembangunan infrastruktur negara melalui modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini.

Misi JKR pula menyumbang kepada pembangunan negara melalui:

  • Membantu pelanggan dalam menyampaikan hasil polisi dan perkhidmatan melalui kerjasama rakan kongsi strategik
  • Pemiawaian proses-proses dan sistem demi penyampaian hasil yang konsisten
  • Menyediakan pengurusan aset dan projek yang berkesan dan inovatif
  • Memperkasa kompetensi kejuruteraan sedia ada
  • Membangunkan modal insan dan kompetensi-kompetensi baru
  • Berpegang teguh kepada integriti dalam menyampaikan perkhidmatan
  • Membina hubungan yang harmoni dengan komuniti
  • Memelihara persekitaran di dalam penyampaian perkhidmatan

 

Fungsi JKR adalah bagi diwujudkan untuk: Berfungsi sebagai rakan kongsi strategik kepada pelanggan kami dalam mencapai keberhasilan polisi kerajaan; Menjadi peneraju di dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kecemerlangan kejuruteraan untuk negara dan Menyediakan infrastruktur negara.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mei 2025: Gaji RM3,320 - RM22,040

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mei 2025: Gaji RM3,320 - RM22,040

Pada ketika ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong…
Senarai Bantuan Bulanan JKM RM100 - RM1,000 Tahun 2025: Permohonan Masih Dibuka

Senarai Bantuan Bulanan JKM RM100 - RM1,000 Tahun 2025: Permohonan Masih Dibuka

Golongan B40 merujuk kepada 40% rakyat Malaysia yang berada dalam kumpulan pendapatan terendah. Mereka merupakan sebahagian besar daripada masyarakat yang…
Pengambilan Besar-Besaran Perkhidmatan Awam Negeri Selangor: Ini Senarai Jawatan Ditawarkan

Pengambilan Besar-Besaran Perkhidmatan Awam Negeri Selangor: Ini Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawatan kosong yang…