JAIS

Jawatan kosong pelbagai gred di Jabatan Kerajaan: Gaji sehingga RM9,585, Kelayakan minima SPM

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan Kosong JAIS

  1. AKAUNTAN GRED W41
    • Gaji: RM2,820 – RM9,585
  2. PENOLONG AKAUNTAN GRED W29
    • Gaji: RM1,498 – RM5,678
  3. PEMBANTU TADBIR GRED N19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003

 

Syarat-syarat Kelayakan Jawatan Kosong JAIS

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan kekosongan jawatan hendaklah dibuat dengan mengemukakan resume dan dokumen-dokumen sokongan (disahkan) berikut:

  • Sekeping gambar berukuran passport;
  • Salinan kad pengenalan;
  • Salinan kad pengenalan ibu dan bapa;
  • Salinan sijil kelahiran pemohon;
  • Salinan Sijil-sijil persekolahan;
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

Sila tulis nama jawatan di sebelah kiri sampul surat dan hantar ke alamat:

Setiausaha
Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI)
Aras G, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah
No 2, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5
40676 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 21 NOVEMBER 2022, ISNIN (sebelum jam 12 tengah hari).

Hebahan rasmi kekosongan dan permohonan jawatan boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…