Pada ketika ini, Persekutuan Pengakap Malaysia sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong Persekutuan Pengakap Malaysia
- PENOLONG SETIAUSAHA EKSEKUTIF
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM2,500 – RM3,000
- Manfaat: Cuti Tahunan, Caruman KWSP, Caruman PERKESO dan Kemudahan Perubatan
- PENOLONG SETIAUSAHA EKSEKUTIF KEWANGAN
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM2,500 – RM3,000
- Manfaat: Cuti Tahunan, Caruman KWSP, Caruman PERKESO dan Kemudahan Perubatan
Syarat-Syarat Kelayakan
PENOLONG SETIAUSAHA EKSEKUTIF
- Warganegara Malaysia;
- Berumur sekurang-kurangnya 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
- Sihat tubuh badan dan mempunyai minat yang mendalam dalam Pembangunan Modal Insan;
- Memiliki Diploma / Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf atau setaraf dengannya;
- Mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik;
- Berkemahiran dalam mengendalikan komputer dan perisian memproses maklumat seperti MS Word, MS Excel, MS Powerpoint dan sebagainya;
- Mempunyai pengalaman kerja.
PENOLONG SETIAUSAHA EKSEKUTIF KEWANGAN
- Warganegara Malaysia;
- Berumur sekurang-kurangnya 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
- Sihat tubuh badan dan mempunyai minat yang mendalam dalam Pembangunan Modal Insan;
- Mempunyai kelayakan akademik Diploma Perakaunan;
- Mahir dalam penggunaan sistem UBS Accounting;
- Mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik;
- Berkemahiran dalam mengendalikan komputer dan perisian memproses maklumat seperti MS Word, MS Excel, MS Powerpoint dan sebagainya;
- Mempunyai pengalaman kerja.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar surat permohonan, resume/CV, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil Akademik dan transkrip berkaitan ke alamat e-mel: [email protected]
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan untuk sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 15 JANUARI 2025.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.
Maklumat Tambahan
Persekutuan Pengakap Malaysia berhasrat untuk membentuk warga Pengakap menjadi rakyat yang baik melalui perilaku dan sifat-sifat yang baik seperti; menurut perintah, dipercayai, taat setia, prihatin terhadap orang lain, toleransi dan berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara.
Ia akan melatih dan memberi khidmat sokongan kepada semua peringkat warga Pengakap. Ini termasuklah sewaktu proses perancangan, pelaksanaan dan menyelaras semua latihan warga Pengakap.
Persekutuan Pengakap Malaysia juga akan sentiasa memberi khidmat sokongan dalam semua bidang demi kelangsungan dan kemajuan PPM. Ini akan dapat dicapai dengan menyalurkan informasi atau program terkini kepada warga Pengakap supaya dapat mengikuti perkembangan semasa.
Misi kepengakapan ialah memberi sumbangan kepada pendidikan generasi muda, melalui satu sistem nilai yang berasaskan kepada Persetian dan Undang-undang Pengakap, membantu membina dunia yang lebih baik, di mana penduduknya boleh berdikari sebagai individu serta dapat memainkan peranan yang berguna untuk masyarakat.
Persekutuan Pengakap Malaysia akan menjadi pertubuhan pendidikan golongan muda terunggul, moden, berdikari yang akan melatih golongan muda negara menjadi warganegara aktif yang menjadi agen perubahan positif kepada masyarakat melalui nilai-nilai kepengakapan.
Untuk makluman, Bintang Semangat Padi Kelas Pertama – Emas (BSP – I) ialah anugerah tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang sahaja. Anugerah yang amat terhad ini menjadikannya sesuatu yang paling eksklusif. Justeru itu, penerima yang layak menerimanya hanyalah daripada kalangan pemimpin negeri dan negara.
Istilah Semangat Padi (SP) melambangkan ciri-ciri, tradisi dan unsur-unsur budaya pribumi, yang mana PADI merupakan teras hati budi, tatasusila hidup serta tonggak ketuanan bangsa melayu. Walaupun Pengakap berasal dari tanah Inggeris, tetapi melalui proses sosialisasi dan assimilasi untuk memenuhi keperluan dan adat resam tempatan, ia telah menjadi hak asli dan jati negara ini.