jawatan kosong rela

Jawatan Kosong RELA, Ambilan Disember 2024: Berikut Senarai Jawatan Ditawarakan

Pada ketika ini, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

  1. PENOLONG JURUTERA 
    • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Penempatan: RELA Negeri Pahang
    • Gaji: RM 1,500 – RM 1,999
  2. PEMBANTU TADBIR UMUM
    • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Penempatan: RELA Negeri Pahang
    • Gaji: RM 1,500 – RM 1,999

Syarat-Syarat Kelayakan

  • PENOLONG JURUTERA 
    • Warganegara Malaysia;
    • Pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas;
    • Memiliki kelayakan akademik di peringkat Diploma / Diploma Lanjutan / Diploma Graduan Atasan / DVM / DKM Tahap 4 / DLKM Tahap 5.
  • PEMBANTU TADBIR UMUM
    • Warganegara Malaysia;
    • Pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas;
    • Memiliki kelayakan akademik di peringkat SPM / O Level / SKM Tahap 1 / SKM Tahap 2 / SKM Tahap 3 atau yang setaraf.

Bidang Tugas

PENOLONG JURUTERA 

  • Menjalankan tugas-tugas pengurusan penyelenggaraan dan projek pembangunan;
  • Menjalankan tugas-tugas setaraf Penolong Jurutera;
  • Melaksanakan arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

 

PEMBANTU TADBIR UMUM

  • Menjalankan tugas-tugas pentadbiran;
  • Menjalankan tugas-tugas setaraf Pembantu Tadbir;
  • Mengendalikan media sosial jabatan;
  • Membantu dalam penyediaan grafik, gambar, bunting dan banner bagi program/ latihan Jabatan;
  • Melaksanakan arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal MyFutureJobs dengan mendaftar terlebih dahulu di sistem berkenaan.

Calon hendaklah memohon jawatan selaras dengan kelayakan yang telah ditetapkan. Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan untuk sesi temu duga.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) adalah sebuah pertubuhan yang bercorak kesukarelawanan untuk membantu pasukan keselamatan. RELA telah ditubuhkan pada 3 Julai 1972 di bawah ‘Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) 1966, yang dibuat di bawah ‘Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1964’.

Asas wujudnya RELA bermula sejak tahun 1948, apabila Pertubuhan Kawalan Kampung atau “Home Guard” dibentuk. Pada 25 Jun 2012, Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 Akta 752 telah diwartakan sebagai punca kuasa RELA berkuatkuasa pada 22 Jun 2012.

Nama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia juga telah ditukar kepada Pasukan Sukarelawan Malaysia selaras dengan akta tersebut. Pada 28 Ogos 2013, RELA telah dinaiktaraf menjadi sebuah Jabatan Persekutuan dan dikenali sebagai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Semenjak ianya dinaiktaraf sebagai sebuah Jabatan Persekutuan pada 28 Ogos 2013, RELA kini sedang melalui arus transformasi ke arah sebuah Jabatan yang unggul dan perkasa apabila peranannya tidak lagi hanya dilihat tertumpu kepada situasi darurat atau bidang keselamatan semata-mata, malah menjurus kepada situasi dan kehendak semasa yang meliputi keselamatan, keamanan, kesejahteraan, keharmonian, kesatuan dan perpaduan negara.

Syarat-syarat am untuk menjadi anggota RELA adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Bukan seorang anggota Angkatan Tentera; dan
  • Bukan seorang daripada mana-mana pasukan atau skim sukarelawan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

 

Piagam pelanggan RELA pula seperti berikut:

  • Meluluskan pendaftaran keanggotaan RELA dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima;
  • Memproses permohonan tuntutan insurans RELA dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima;
  • Memberi bantuan kepada pasukan keselamatan atau pihak berkuasa lain bagi melaksanakan sebarang operasi dalam tempoh 24 jam;
  • Meluluskan permohonan penugasan anggota RELA daripada pihak Kerajaan, swasta dan individu dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima;
  • Meluluskan permohonan penggunaan kemudahan dan peralatan di Akademi dan Pusat Latihan RELA dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima;
  • Memberi perakuan penerimaan terhadap aduan awam dalam tempoh satu (1) hari bekerja.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Institut Kerajaan – Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

Warga emas merupakan golongan istimewa dalam masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menyumbang kepada pembinaan negara sejak zaman muda, malah menjadi…
E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

Setiap hari, kita semua bergantung kepada keperluan asas untuk meneruskan kehidupan – makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, dan pendidikan. Namun…