BKM Fasa 2 telah selesai dibayar: Ini pula senarai jumlah bayaran & tarikh bayaran BKM Fasa 3

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan.

Antaranya termasuklah melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di bawah Belanjawan 2022. BKM pada asasnya melibatkan empat fasa pembayaran, di mana Fasa 1 dan Fasa 2 telah dibayar kepada yang layak. Ini pula adalah maklumat berkenaan BKM Fasa 3:

Jumlah BKM Fasa 3

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM200
    • Bilangan anak 1-2: RM300
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM400
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM100
    • Bilangan anak 1-2: RM100
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM100

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM500
    • Bilangan anak 1-2: RM600
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM700
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM400
    • Bilangan anak 1-2: RM400
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM400

Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 1-2: RM800
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM900
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 1-2: RM600
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM600

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Jumlah BKM Fasa 3: RM150

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Jumlah BKM Fasa 3: RM150

Tarikh Bayaran

Bagi pembayaran BKM Fasa 3, ia akan dilaksanakan pada bulan September 2022. Berkenaan dengan tarikh tepat pembayaran, ia masih belum dimaklumkan oleh pihak Kerajaan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Untuk yang ingin membuat semakan kelulusan dan jumlah keseluruhan yang bakal diterima, semakan BKM boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi BKM.

Ia boleh disemak dan penerangan lengkap berkenaan BKM boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM700 Untuk Golongan B40 Setiap Tahun: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan RM700 Untuk Golongan B40 Setiap Tahun: Permohonan Masih Dibuka

Di Malaysia, golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah yang berada pada kedudukan terendah dari segi pendapatan. Mereka kebiasaannya…
RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Berdasarkan data rasmi, isi…
Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pada ketika ini, Insititut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan…