Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Koperasi Unikeb Berhad kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
KERANI TEKNOLOGI MAKLUMAT (JURUTEKNIK KOMPUTER)
- Taraf jawatan: Sepenuh Masa
- Gaji: RM1,200 – RM1,680
- Penempatan: Wisma Unikeb, 43600, Bandar Baru Bangi, Selangor
Syarat-syarat Kelayakan
- Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia Tahap III/Diploma dalam bidang IT
- Mempunyai penelitian dalam melakukan sesuatu tugas
- Boleh bekerja sendiri dengan penyeliaan yang minimum
- Boleh bekerja lebih masa sekiranya diperlukan
- Mempunyai pengalaman bekerja di dalam bidang berkaitan adalah satu kelebihan
Bidang Tugas
- Melakukan kerja-kerja penyelengaraan dan pencegahan (preventive maintenance) perkakasan komputer secara berkala
- Memantau dan mengurus rangkaian LAN & WAN serta menyelaras server
- Bertindak sebagai help desk (menerima aduan dan membuat troubleshoot awal kerosakan, aplikasi sistem dan lain-lain)
- Mengawal selia laman web dan sosial media UNIKEB (FB, Instagram, Twitter dan lain-lain)
- Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan peralatan ICT yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Cara Memohon
Kepada yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan boleh dilihat DI SINI. Permohonan juga boleh dibuat di portal sama dengan klik pada ‘Apply Now’.