Bantuan RM300

Kerajaan bayar Bantuan RM300 bulan ini & RM200 bulan depan: Ini cara semak layak atau tidak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada mereka yang memerlukan dan layak.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-

Bantuan RM300 & RM200

BMT pada asasnya merupakan bantuan kewangan yang dibayar sebanyak tiga fasa dengan kadar yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat berkenaan jumlah bayarannya mengikut fasa:

  • Fasa 1 – RM300
  • Fasa 2 – RM300
  • Fasa 3 – RM200

 

Pembayaran bagi Fasa 1 telah pun dikreditkan kepada yang layak pada bulan Januari lalu. Manakala, pembayaran bagi Fasa 2 dan Fasa 3 pula akan dibuat pada bulan Februari dan Mac 2023.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Syarat-syarat Kelayakan

BMT diberikan kepada para peneroka tanaman getah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang menepati syarat-syarat di bawah:

  • Peneroka tanaman getah yang menghantar hasil ke pusat mengumpul getah FELDA;
  • Mereka yang tiada hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah;
  • Mereka yang sedang dalam tempoh tanam semula bersama FELDA.

 

Untuk makluman, sekitar 12,138 peneroka tanaman getah FELDA seluruh negara akan menerima manfaat ini dan akan melibatkan peruntukan sebanyak RM9.7 juta.

Kaedah pembayaran pula akan dibuat secara kredit terus ke akaun bank penerima.

Maklumat lengkap berkenaannya juga boleh dirujuk di Media Sosial Rasmi FELDA – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Hari Raya Aidilfitri adalah saat yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Ia bukan sekadar perayaan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga simbol…
Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Golongan B40 merujuk kepada 40% penduduk Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah terendah. Kategori ini ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Median…
Pengambilan Jawatan Kosong PLANMalaysia Sesi Mac 2025: Minima SPM, Gaji Sehingga RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong PLANMalaysia Sesi Mac 2025: Minima SPM, Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…