bkka

Kerajaan setuju awalkan pembayaran BKKA: Ini jumlah bayaran, tarikh & semak layak atau tidak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari lalu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan yang diperkenalkan itu: –

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA)

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri adalah sebuah bantuan kewangan yang diperkenalkan pada tahun ini akan dibayar bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pada asalnya, pembayarab bantuan ini dijadualkan pada 17 April 2023. Namun begitu, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk mengawalkannya kepada 14 April 2023 bersamaan hari Jumaat ini.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Penerima BKKA

Untuk makluman, bantuan ini melibatkan kadar sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak. Manakala, bagi para pesara kerajaan pula akan menerima RM350 setiap seorang.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Zulkapli Mohamed menerusi surat rasmi pada 10 April 2023 berkata, perubahan tarikh berkenaan dibuat setelah mengambil kira keprihatinan dalam membantu meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dalam membuat persediaan bagi menyambut perayaan tidak lama lagi.

“Sukacita dimaklumkan bahawa, mengambil kira keprihatinan dalam membantu meringankan beban penjawat awam dan pesara Kerajaan Persekutuan dalam membuat persediaan untuk menyambut perayaan tidak lama lagi, kerajaan telah bersetuju untuk membuat perubahan ke atas tarikh pembayaran BKKA Tahun 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan daripada 17 April 2023 kepada 14 April 2023.

“Tertakluk kepada penerimaan pakai oleh pihak berkuasa masing-masing, arahan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Sumber: Astro Awani.

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…