KESAS buka kekosongan jawatan terkini ~ Minima SPM, pelbagai elaun disediakan

Berita baik buat yang sedang mencari pekerjaan, Lebuhraya Shah Alam (KESAS) kini sedang membuka kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di KESAS adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

PERONDA LEBUHRAYA

  • Gaji Permulaan: RM1,200
  • Pengalaman: 1 tahun
  • Lesen: Lesen memandu B2, D & GDL (Minimum)
  • Taraf Kelayakan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Waktu Bekerja: Syif
  • Jantina: Lelaki sahaja

Faedah-faedah jawatan

  • Elaun syif sebulan: RM60
  • Elaun dobi sebulan: RM40
  • Insentif Kedatangan: RM40
  • Insentif Khidmat Pelanggan: RM70
  • Caruman KWSP, SOCSO dan Skim Insuran Pekerjaan (SIP).
  • Overtime/kerja lebih masa – Berdasarkan keperluan.
  • Kemudahan perubatan untuk kakitangan dan tanggungan (rawatan pesakit luar, kemasukan ke hospital dan bersalin bagi pasangan).
  • Insuran kemalangan diri dan insuran nyawa secara berkelompok untuk kakitangan.
  • Pakaian seragam.
  • Cuti tahunan, cuti sakit dan hospitalisasi, cuti penjagaan keluarga, cuti perkahwinan (bagi yang belum pernah berkahwin), cuti ‘paternity’, cuti ehsan dan cuti peperiksaan.
  • Bonus dan kenaikan gaji setiap tahun berdasarkan prestasi.

Cara memohon

Bagi yang berminat, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan, dan menyertakannya bersama salinan Kad Pengenalan, sijil-sijil dan lesen.

Borang permohonan boleh didapati di kaunter penyambut tetamu Wisma Kesas Lebuh Raya Shah Alam dan permohonan juga hendaklah dihantar di tempat sama:

KESAS Sdn Bhd
Wisma KESAS
No. 1, Lebuh Raya Shah Alam
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga. Untuk iklan rasmi jawatan, KLIK SINI.

Tarikh tutup permohonan pada 31 OGOS 2021, SELASA.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Pengambilan Jawatan Kosong RISDA, September 2025: Tawaran Gaji RM1,700 - RM8,334

Pengambilan Jawatan Kosong RISDA, September 2025: Tawaran Gaji RM1,700 - RM8,334

Pada ketika ini, RISDA Estates Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan Kebajikan RM600 Setiap Bulan: Mereka Berumur 60 Tahun dan Ke Atas Boleh Memohon

Bantuan Kebajikan RM600 Setiap Bulan: Mereka Berumur 60 Tahun dan Ke Atas Boleh Memohon

Dalam perjalanan hidup manusia, usia emas merupakan satu fasa yang tidak dapat dielakkan. Warga emas ialah golongan yang telah melalui…